Tuesday, December 27, 2011

Menghitung hari


Menghitung hari.

Membilang hari-hari penghujung tahun 2011, pasti kita punyai kerangka berbeza dalam mengisi tahun mendatang. Disebalik pelan yang mahu dilakar, pastinya hamparan pelan 2011 akan disemak terlebih dahulu. Apa yang belum, apa yang sudah?

Hendak tidak hendak, perlu kita akui, bahawasanya ada matlamat yang tidak tercapai sepanjang tahun 2011. Pastinya 2012 menjanjikan satu momentum yang menolak kita untuk berusaha seberapa daya mencapainya. Terlebih dahulu syabas dan tahniah kepada sesiapa yang berjaya mencapai target sepanjang 2011!

Dalam meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini, kita mengakui bahawasanya segala perancangan hidup ini telahpun ditentukan oleh yang Esa. Dan kita sebagai hamba menurutinya.

Laksana sebuah pentas teater. Pengarahnya adalah Tuhan. Skripnya telah tersedia. Jurukamera yang memerhati, krew produksi yang bertugas mengikut aahan. Pelakon tak lain tak bukan adalah kita. Samada pelakon yang berdisiplin atau tidak. Ingkar atau patuh. Ganjarannya setelah teater dipentaskan. Diadili dari segi kualiti.

Siapa pelakon untuk menidakkan skrip atau jalan cerita. Membantah pengarah sebab, pelakon bukan bos! Sama seperti kita, siapa kita untuk menidakkan apa yang telah ditentukan oleh Tuhan. Sebab kita hamba.

Hamba?

Ya, kita adalah hamba. Baik tinggi mana jawatan, pangkat, kedudukan, darjat, ras, keturunan, bangsa, kita adalah hamba. Hamba akan menurut kepada apa yang telah ditentukan oleh tuannya. Dan tuan bagi kita sebagai hamba ini adalah Tuhan yang Esa itu.
Hidup perlu diteruskan, dengan memegang pasport sebagai hamba, teruskan tanggungjwab. Menempuh hari yang mendatang. Muhasabah diri, apa yang belum terlaksana, azam pada hari yang akan mendatang untuk menjayakannya.




Monday, December 26, 2011

Sebuah Erti



Telah dijadikan Adam a.s dengan temannya Hawa. Begitu juga fitrahnya yang lain. Tiap apa yang diciptakan olehNya pasti ada pasangan. Pasangan yang menjadi peneman.
Bagaimana terpisahnya Adam dengan Hawa. Begitu setia antara mereka. Dalam kesah kasih tetap terpahat kukuh. Itulah setianya cinta. Biar susah atau senang, mereka saling beruaha. Hingga sampai masa ketemu jua. Ketemu di suatu tempat. Hingga hari ini jadi bukti. Luhurnya cinta.

Sungguh rasa cinta itu datang dari Tuhan. Cinta itulah yang akan menjadi saksi. Kukuhnya tembok kasih yang dibina, hangatnya bahang perasaan sayang yang sentiasa membara. Mekarnya kuntum rindu yang mempersona. Sukar diungkap, tapi dapat dirasa. Segalanya letak pada dua hati.

Dua hati yang menjadi satu itu, bukan hanya pada zahir. Mengungkap tafsir hati antara dua kamus kehidupan. Masing-masing saling menterjemah. Padanya letak kekuatan untuk saling memahami. Ditulah tertulis seribu satu kalimah yang perlu ada. Perlu sama. Perlu mengerti. Perlu difahami...PENGORBANAN...

Benar, cinta itu ertinya berkorban dan terkorban. Cinta pada yang Esa. Sehingga titisan darah yang terakhir. Melangkah gagah, jatuh bangun, bangkit rebah, terus melangkah, dipapah. Dan terkoban. Itulah erti cinta agung. Biar jasad bercerai roh. Pasti terangkat tinggi. Tinggi disisi Tuhan. Erti cinta agung. Juga pada jiwa sesama jiwa. Hangatnya roh cinta antara dua jasad insani. Saling berkorban atau rela terkorban. Kasih bonda, kasih ayahanda, kasih saudara. Kasih pada kekasih. Lantaran hidup ini perlu berteman. Hidup ini saling memerlukan. Hidup ini ada pasangan. Itulah hikmah hadirnya Hawa disisi Adam. Dari situlah hadirnya pengorbanan. Antara dua jiwa yang terpisah. Namun, kerana dititipkan oleh Yang Esa akan erti satu kalimah yang perlu difahami dan diertikan. Terlunas segalanya oleh perlakuan. Akhirnya mereka bertemu. Bertemu di Jabal Rahmah.

Ujian yang melanda perlu dikongsi bersama. Bukan sekadar berkongsi suka. Duka yang melanda, perlu sama-sama ditempuhi. Saling membantu. Saling membakar semangat. Moga gagah melangkah.

Harungi hari yang mendatang dengan jiwa yang bisa tegar bersama. Susah senang teguh dihadapi. Tak lapuk dek teriknya bahang mentari, tak lekang dek basahnya hujan. Mudah melafazkan tiap kata, bukan senang untuk ditunai. Segalanya pada jiwa yang mentafsir kalimah itu. Pengorbanan. Rela berkongsi hidup bersama.

Buatmu,
Andai dirimu pedih, sandarkannya padaku. Biar aku yang menanggung.
Andai dirmu dibeban, letakkan dibahuku. Moga dapat aku memikul.
Takkan ku biar dirimu kesepian dengan derita. Takkan, takkan, takkan.
Ya Allah berikan kekuatan padanya...

Saturday, December 17, 2011

Izinkan Rembulan Berbicara


Kalau rembulan mampu berbicara, pasti pungguk tidak bersendirian. Menatap bulan dengan lagu-lagu sepi. Bagi pungguk rindunya hanya pada bulan. Menatap sinar yang mengisi kegelapan malam. Rindunya tetap tidak terubat. Kerana rembulan membisu. Tanpa sepatah bicara.
Bagi punggguk biarlah dia derita. Kesetiaanya tetap takan berubah. Kerana itu rela dia bersengkang mata. Pungguk tetap menjadi perindu~

Untuk terus merinduimu, aku perhambakan diri ini selama-lamaya.
Dengan cinta yang seadanya ini aku tetap tidak akan menyerah.
Rinduku hanya padamu.

Oh Tuhan, pintaku hanya satu, inginku lafaz rinduku...

Mustahil bulan bisa membalasnya. Batas jarak yang memisahkan. Jasadmu pungguk tetap di bumi. Sedang rembulan yang menyinar, letaknya nun di angkasa. Sinarnya tetap gemerlapan, bintang yang memagarnya, menghidupkan pesona malam.Dari kelam yang mengerikan pada untaian cahaya yang mengasyikkan.

Sekiranya aku bisa bersamamu, pastiku balas akan salam rindumu, akan kusapa bait-bait cinta yang menggoda, dan aku murnikan cinta itu agar jiwa tidak terseksa.
Untuk selamanya.

Dalam lamunan, pungguk tersedar.

Apa benar rembulan berbicara atau?

Sungguh igauan punggunk hanya mimpi. Mimpi yang mustahil.

Biarkan aku merindu, rindu pada rembulan, rindu kepada Tuhan.

Hujan...



Titis rahmat yang membasahi bumi, sememangnya menyegarkan. Dari dahaganya tumbuhan, kini segar menghijau. Dan atas segala rahmatNya, tiap makhluk yang bernyawa merasa akan nikmat yang tidak terhingga. Tumbuhan hijau dapat terus berbakti pada bumi, demi keseimbangan alam. Juga haiwan yang dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Sedang manusia perlu meneruskan penghidupan. Mencari rezeki di bumi sendiri. Mengapa bukan hujan emas yang mencurah, membasahi segenap negeri? Biarkan negeri ini banjir dengan lautan emas yang mengkayakan umat seisi negeri. Tapi yang turun hujan. Yang turun dengan kadar tiada kira banyaknya menyebabkan bumi enggan mampu menelan sebanyak-banyaknya diluahkan paa dasar bumi. Titis rahmat itu bergenang jadi air yang mengalir. Membasahi bumi. Segenap umat mengeluh. Habis musnah segenap harta. Kediaman pula rosak binasa. Apa ini fenomena atau bala?

Baik para petani yang membanting tulang empat kerat. Nelayan yang gagah memukat hasil. Timbul juga rasa resah. Bagaiman mahu mengisi masa ini untuk mencari sesuap nasi. Bergantung harap akan penghidupan dengan tulang empat kerat, mengharap ehsan Ilahi, mencari rezeki. Bergantung pada alam. Molek hari boleh ke sawah padi, ke ladang mahupun kebun, turun ke laut. Itu golongan marhean. Baik yang berada turut mengeluh. Mana mungkin projek berjuta dapat dibereskan. Kontraktor mega turut terkesan. Urusan korprat sedikit terganggu.

Titis rahmat tetap turun. Turun dan turun. Apa pernah kita fikir?

Hebatnya Yang Esa dengan kuasa Maha Pencipta menurunkan hujan tanpa ditimpa mencurah sebanyak-banyaknya. Mencurah seperti air terjun yang menjunam. Nescaya punahlah umat manusia yang menanti dibawahnya. Diturunkan titis rahmat itu pada kadar tertentu, pada kawasan yang tertentu, kerana pada kuasa Yang Maha Esa, segala penguasaan dan pengetahuannya, tiap makhluk memerlukannya. Sukatan yang ditetapkan. Maka benarlah akan turunnya titis rahmat itu adalah bagi nikmat bagi tiap hambanya. Sungguh Maha Bijaksana Yang Maha Esa.


Sunday, October 30, 2011

Receive love



~Terima kasih~
Alhamdulillah. Segalanya atas iznNya. Moga langkah ini dapat disusun semolek mungkin. Teguhlah seperti batu tepian pantai. Biar ombak yang menghempas, sedikit tidak bergajak. Tidak tertarik ke laut. Terus kental!
Moga apa yang dilakar akan terbina!
InsyaAllah!
~Receive love~

Friday, October 28, 2011

Belajar Untuk Siapa?


Pendidikan adalah satu proses yang berterusan. Sejak dari detik kelahiran, bayi yang sebesar telapak tangan diajar mengesakan Allah S.W.T.Alunan azan oleh bapa mengajar si anak kecil akan kalimah tauhid yang mengesakan dan mensaksikan. Proses pembelajaran mereka berterusan, bermula dari rumah sehinggalah mereka melangkah ke luar. Melepasi sempadan dunia kecil yang mencakupi isi rumah sahaja. Mereka menuju ke alam persekolahan. Di sekolah mereka diajar dan didik mengikut aliran-aliran pendidikan semasa. Dibimbing oleh guru. Bergaul dan bercampur dengan rakan sebaya. Di situlah keperibadian seseorang individu dibentuk melalui acuan-acuan tangan yang pelbagai. Di situ juga berlakunya pembelajaran secara tidak langsung. Menjadikan pengalaman sebagai suatu pendidikan yang sangat berharga. Pendidikan yang tidak formal. Pembelajaran berterusan sehinggalah mampu melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Sehingga mampu melangkah ke menara gading. Tidak habis di situ sahaja,ada dalam kalangan masyarakat, yang meneruskan lagi langkah menuntut ilmu sehingga mencapai tahap yang tertinggi.

Bila ditanya, mengapa saudara sanggup menghabiskan masa, tenaga dan usia selewat ini mendapatkan segenggam ijazah sarjana mahupun doktor falsafah? Frasa atau ayat yang bakal mengisi ruang jawapan adalah, untuk kepuasan diri. Untuk menjadikannya sebagai pembakar semangat anak-anak. Untuk menjadi satu batu loncatan kepada pencapaian dalam jawatan yang ingin dicapai dan banyak lagi skema jawapan yang tak perlu saya perjelaskan disini. Semuanya benar kerana masing-masing ada cita-cita. Daripada cita-cita itulah yang akan menjadi pembakar semangat seterusnya meneruskan azam untuk terus berjuang dalam segenap lapangan ilmu. Hasilnya dapat dituai bilamana kejayaan itu dapat digenggam dan didakap dengan bangga.

Seingat saya, pernah saya bertanya kepada seorang rakan. Pada waktu sekolah dulu. Seorang yang agak nakal pada mata pelajar lain. Malah turut dilabelkan sebagai pelajar bermasalah. Bagaimana dia belajar? Sedangkan dalam kelas penumpuannya biasa-biasa sahaja. Pengamatan terhadap pengajaran juga tampak tiada beza dengan saya dan rakan-rakan lain.Keputusan ujiannya jauh lebih hebat dari kami. Jawapannya,

“Mak aku pesan, belajar kerana Allah”.

Itu kejayaan seorang pelajar ‘nakal’. Hari ini dia melangkah dalam bidang yang ingin diceburi. Tahniah!Sengaja mengambil contoh rakan yang terdekat.

Saturday, September 10, 2011

langkah dan harapan



Malam ini, hamba menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian menghembus tenang. Sungguh melegakan. Khabar yang sangat menggembirakan. Langkah ini pastinya akan disusun semolek mungkin. Untuk seribu langkah perjalanan, mulakannya dengan tenang. Apa yang penting lafaz bismillah.
Moga sentiasa dalam perlindunganNya.
Keyakinan dan iltizam. Bulatkan tekad untuk mencapai impian. Mengharap redha Allah. Itu yang perlu.
Ya Allah, permudahkan segala urusan, juga harapan kami~


Kenyataan saya...


Penulisan saya kali ini bukan bertujuan kepentingan politik ataupun peribadi. Sungguh saya bukan pakar dalam bidang ini. Akan tetapi berasa terpanggil untuk menyatakan pendapat.
Apabila Profesor Datuk Dr. Zainal Kling menyatakan bahawasanya fakta berkenaan Tanah Melayu tidak pernah terjajah, dan sekadar dinaungi dan dilindungi oleh British, nyata saya pasti ini kan menimbulkan satu perdebatan yang hangat!

Kenapa?
Sepanjang saya belajar di sekolah dahulu, khususnya Subjek Pendidikan Sejarah KBSM, kami ditekankan bahawasanya British itu termasuk dalam gerombolan penjajah yang merampas kedaulatan Tanah Melayu. Kronologi penjajahan sejak 1511 ke Melaka, oleh Portugis. Kedatangan Belanda, peralihan kuasa takluk antara Belanda dengan British menerusi perjanjian Inggeris Belanda 1824, penjajahan Jepun, Malayan Union adalah zaman kita dijajah. Apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh Profesor Datuk Dr Zainal Kling ini memberikan kesangsian terhadap apa yang telah kami pelajari.
Kata beliau, yang menjajah Tanah Melayu hanya Jepun dan dan era Malayan Union iaitu dari tahun 1946 hingga penghujung 1947.
Dalam erti kata lain, Tanah Melayu sebelum itu adalah sebuah wilayah yang bebas dan Merdeka.

Apa yang saya faham, kedatangan British ke Tanah Melayu, memasuki negeri-negeri Melayu satu persatu dari Perak , Pahang, Negeri Sembilan Selangor(Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) adalah satu proses penjajahan. Kekayaan hasil sumber alam dikaut oleh British. Negeri-negeri Melayu ditadbir oleh Britsh dalam semua aspek pentadbiran dan raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu sahaja.

Perlindungan.

Adakah sepanjang tempoh tersebut ini dikatakan sebagai perlindungan? Penduduk Tanah Melayu berlindung di bawah pentadbiran British? Naungan dan perlindungan pastinya meletakkan masyarakat ketika itu berada dalam zon yang selesa. Oleh itu, mengapa berlakunya siri-siri kebangkitan dan penentangan. Maknanya rakyat tidak berpuas hati apabila kepentingan mereka dicabul, hak mereka direntap. Adakah ini yang dinamakan sebagai perlindungan?

Perlindungan pastinya menjamin kedudukan seluruh rakyat. Memastikan keselamatan dan segala aspek kebajikan dijaga. Namun, pendudukan British sendiri telah melahirkan rasa tidak puas hati, yang sekaligus meledakkan amarah rakyat kepada mereka. Maka lahirlah pejuang-pejuang yang menuntut pembebasan dan hak mereka kembali. Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela yang berjuang habis-habisan menentang British. Penjajah menentang golongan yang berjuang kerana hak masyarakat. Penjajah mengaut laba dan kekayaan negeri yang dijajah. Itu yang British buat!

Jika kita lihat kembali, sejarah bumi melaka yang bernaung di bawah kerajaan China ketika era kegemilangan Melaka, China tidak terlibat dalam campur tangan pentadbiran negeri Melaka ketika itu. Melaka ditadbir oleh sultan Melaka. Itulah yang dikatakan sebagaia naungan. China memberi perlindungan kepada Melaka daripada serangan luar. Contoh ini menunjukkan kerelaan Melaka dinaungi oleh China. Sedangkan, negeri-negeri Melayu seperti dipaksa menerima residen dan penasihat British. Nyata, ini adalah penaklukan secara paksaan. Ertinya kita dijajah!

Saya menyokong perbincangan ilmiah. Hal ini kerana kita membicarakan tentang ilmu. Bukan satu perkara yang sekadar dipandang enteng. Generasi akan datang mewarisi kalam sejarah ini. Mereka yang akan membacanya.Merdeka!

Friday, September 9, 2011

dear future...



Dear Future Husband,

I don’t want to be your girlfriend. I just want to be the one you call your wife. Your presence will me happiness. You’ll be my halal prince charming. Riding your horse of Taqwa. Holding onto the Quran in your right hand and the Sunnah in your left. I hear you’re worth the wait, so Ill wait Insha’Allah. My heart belongs to no one, I just thought I should let you know. It belongs to Allah SWT and only Him. You’ll have to get lost in Him to find me and even then you’ll still have to rightfully become apart of my heart. Only through Him though. I hope you’re up for the journey.
I know I am.
Love,
Your Truly.

Dear Future Wife...

People ask me why I don’t do girlfriends. Because when I settle down. It’s going to be to ONE girl and I’m giving her the WORLD. And I’m not quite ready for that. So if you’re out there. I hope to one day find and meet you and prove to myself that good guys don’t always finish last. Love,
your future. ♥
-your future husband-

~rabbana hablana minazwajina, wa zurriyatina qurrata a'yun, waj al na lil muttaqi na i mama~

Tuesday, August 30, 2011

Perutusan Hari Raya 1423H afifabdulmajid.blogspot.com


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.

Aidilfitri itu adalah hari kemenangan. Menang melawan nafsu.

Tetapi, berapa ramaikah yang sebenar-benarnya menang?

Waktu berbuka puasa, sudah cukup untuk memberi gambaran siapa yang menang sebenarnya.

Bila tiba waktu berbuka, seolah-olah tidak cukup apa yang terhidang. Tidak menang tangan menyuap mulut. Seolah-olah lapar berbulan tidak makan.

Sebab itulah, Aidilfitri sebenarnya hanya layak untuk orang yang benar-benar menempuh Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan dalam erti kata dia menjaga kualiti amalannya sepanjang Ramadhan ini.

Bukan sekadar berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga sahaja. Mengekang hawa nafsu dan keinginan syahwat. Membelenggu segala kemahuan yang menjuruskan kepada segala bentuk kemungkaran.

Apa yang kita lihat realiti Ramadhan kini bukan lagi diisi dengan pengisian menghayati Ramadhan itu sendiri akan tetapi kesucian Ramadhan itu langsung tidak dihormati. Langsung tidak diambil kisah. Adakah tiada rasa iman dalam diri? Inilah sebenarnya yang dapat kita lihat dalam suasana jahiliah moden. Jahil dan degil. Seronok dengan cara hidup yang melalaikan. Ramadhan tidak diambil peduli. Makan dan minum di tempat terbuka pada siang hari bulan Ramadhan.

Nampak sekali amalan yang menjadi tunjang Ramdhan itu langsung tidak dizahirkan apatah lagi ibadah-ibadah lain. Orang yang jelas melakukan kemungkaran malah sengaja menzahirkannya, malah berbangga bila melakukannya, layakkah untuk bersama-sama meraikan aidilfitri itu sendiri? meraikannya bersama-sama dengan golongan yang benar-benar menunaikan tanggungjawab kepada Allah, sungguh amat malang sekali. Sungguh erti sebenar aidilfitri iaitu perayaan fitrah, hari meraikan kembalinya kepada fitrah hanya bagi mereka yang benar-benar memenuhi tanggungjawab sepanjang ramadhan.

Jadi perlu kepada perubahan yang sebenarnya. Kembali kepada fitrah manusia yang sememangnya suci, sebab itulah Ramadhan itu menjadi bulan tarbiah membentuk keperibadian muslim.

Selamat Hari Raya Aildilfitri, Moga Allah memberi rahmat kepada kami juga kalian.

Friday, August 26, 2011

Sama tapi tak serupa!


Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik. Hampir sama. Lain makna. Sebenarnya lain. Dalam strategi ada pendekatan. Pendekatan itu pula ada kalanya ada integrasi kaedah. Spesifik bagi tiap kaedah ialah teknik.

Cikgu perlu tahu. Nanti terlopong bila ditanya pensyarah. Mulanya saya terlopng. Setelah rujukan dan pembacaan dibuat baru saya mengerti. Melalui analogi ringkas dan contoh-contoh yang mudah difahami, semuanya berkait, tapi makna bagi tiap satu adalah tidak sama.


Wednesday, August 17, 2011

Wallahi, Wabillahi, Watallahi


Lagi lagi sumpah. Saiful,Eskay Umi Hafilda!

Cerita sumpah seranah. Ini cerita dulu-dulu, sebab itu mesti ambil pengajaran. Macam tak baik, cerita pasal orang yang dah tiada, tapi inilah hakikat.

Akibat bermain sumpah, hujan tiada ribut tiada, masjid tiba-tiba banjir, kubur mengeluarkan air busuk. Wallahualam.

Tiada mahu banyak bicara. Hamba takut azab Allah. percuma di dunia, tunai di akhirat.
Cash and carry!

Tuesday, August 2, 2011

Moga Cepat Sembuh

MB Kedah dimasukkan ke IJN, jantung tersumbat

Kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

azizan abdul razakMenurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya ketika dihubungi.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.



PM Malaysia selamat jalani pembedahan lutut


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan "arthoscopic" di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya.

Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.najib tun razak playing football soccer with hindi starsKhamis lalu semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.

- Bernama

*Sumber Malaysiakini

Doa kebaikan untuk saudara-saudara.
Doa untuk keluarga, ayah bonda,
Doa jauh dari malapetaka dan bencana.
Doa dari bahaya.
Doa dari sakit yang lama.
Mukmin itu bersaudara.
Kita doakan kesihatan semua.



Tabah Melangkah


Roda-roda kehidupan itu berputar mengitari masa. Mustahil untuk menahan dari terus beredar. Bukan letaknya daya pada brek yang mampu mencengkam. Itulah sunah kehidupan. Aturannya tertulis.

Letaknya daya pada jiwa yang merasai. Menghadapi sendiri akan rona-rona yang berliku. Adakah denai yang dilalui itu tenang dan terang. Tiada duri yang melintang, sesekali mencucuk, berpaut perit pada batang tubuh yang melalui? Tak semua denai itu bisa membiarkan kita berlari girang. Pasti semak dan lalang membataskan langkah. menjadikan kita lebih matang menempuh ranjau. Sakit itu membuatkan kita sedar. Adakala tersadung itu buat peringatan. Sesekali diuji mematangkan diri.

Seperti yang telah difirman dalam surah al-Baqarah ayat 286,:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

Sekadar menulis. Ingatan untuk hakir ini sendiri. Tapi untukmu kutitipkan pesan. Kuatkan semangat, sabar dengan cubaan. Keberkatan mengiringi.InsyaAllah.

Waja besi bisa terlihat akan teguhnya.
Waja hati itu tetap terpancar akan kesabaran jiwa.
Tiap laku yang menzahirkan,
dari sekeping hati yang dicanai dengan kekuatan iman.

Monday, August 1, 2011

Bukan Edlina?



Edlina?
Merah muka bila mata terpandang akan wajah ayu itu. Melongo Faiz. Ilusi dipenuhi bebayang hitam. Susuk insan yang tidak diduga hadir. Pita minda megimbas kembali rakaman kenangan. Memori lama kembali terlukis. Warna-warna pelangi sesekali terimbau. Sayang mendung kelabu berlalu. Warna pelangi pergi, pergi bersama Edlina.

Waktu remaja yang mengasyikkan. Bagi anak bujang yang gila-gila bahasa. Bodoh-bodoh alang. Laman hatinya senantiasa lapang. Tiada semak yang merimbun mengusutkan pandangan. Luas mata memandang. Laman itu segar. Sesegar usia muda. Waktu bujang, segak dan tampan. Bujang yang mula mengenali lawan jenis. Bagi Faiz, insan sepertinya hanya menempuh medan usia muda dengan hati yang berbunga riang. Tak perlu kusut-kusut. Tapi segalanya tak lagi sama bila Edlina menyapa salam di pintu hati.

"Assalamualaikum. Awak terambil buku saya!"

Waalaikumsalam
Mulut yang ternganga. Terpaku lama Faiz memandang. Agak menjengkelkan.

Salam pertama, perkenalan yang tidak dirancang. Faiz tekad. Salam itu akan, jadi pemangkin buatnya. Rekod baru tercipta dalam arkib hidupnya . Edlina menyap salam. Salam perkenalan. Salam yang mengubah Faiz 360 darjah. Berubah Faiz. Bukan lagi gila-gila bahasa. Gila-gila cinta!

"Siapa dapat cakap dengan Edlina, memang hebat la", isytihar Akmal.

" Aku bagi salam tak jawab".
"Kerek giler".
"Memang pon".

Semua bagi respon.

"Dia dah tegur aku pon", bisik Faiz.

"Pergh... tabik sama lu!" Akmal menyusun jari di atas kening kanan.

Kenangan itu hilang. Kini bermain semula. Wajah ayu itu kembali. Tatkala Faiz kini menjadi seorang guru. Edlina?

Rumah sakit itu jadi saksi. Melihat gadis yang lengkap dengan seragam putih. Sekadar singgah menjenguk bapa saudara, Faiz tidak menyangka, kembali bertemu Edlina.

Bunga dalam taman hati segar kembali. Biarpun hampir menguncup, namun mekarnya kali ini tidak tertahan. Pandangan yang memancarkan sinar, mencurahkan kembali titis-titis kasih pada bunga yang kembali mekar dalam taman hati. Dalam hati ada taman. Faiz tidak dapat menahan lagi. Apakah ini namanya cinta?

Edlina!

Panggilan tidak disahut, gadis seragam putih terus beredar meninggalkan Faiz . Seolah-olah tidak mendengar jeritan. Jeritan batin seorang insan yang memanggil. Pergi berlalu, dan terus hilang.

Faiz ragu apa dia bukan Edlina.

* * *

"Jururawat bernama Edlina? Maaf encik. Dia baru meninggal minggu lepas. Kemalangan jalan raya. Mengapa?", terang seorang jururawat muda di kaunter pertanyaan.

Bergegar jantung. Tegak bulu roma. Ketar lutut Faiz. Siapa dia kalau bukan Edlina?

*Hanya rekaan semata-mata.Sekadar imaginasi penulis.

menanti



Merindu menanti mencari mengharap.
Lailatul Qadr.
Salam Ramadhan

Friday, July 29, 2011

Pisang Emas Bawa Belayar


Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Merungkai tiap kata dalam pantun. Aku bukan orang bahasa yang pandai menafsir. Bimbang juga pandai-pandai. Tapi aku dapat dari seorang yang aku panggil cikgu, oleh kerana beliau seorang guru bahasa Melayu, maka sepatutnya aku panggil begitu. Mesra aku bahasakannya sebagai abang. Abang Hafezi.

Dari sekadar senda berpantun, aku langkah juga pentas demi pentas. Siapa sangka sampai ke medan akhir. Sayang ilmu tak penuh di dada. Pentas akhir kampus kami tumbang. Mewakili kuliah kami yang bukan langsung berkait dengan bidang bahasa. Cuma kami yang mengada-ngada.

Sampai aku dipanggil mewakili kampus ke fiesta pantun antara institut pendidikan guru peringkat kebangsaan. Cuak! Masakan tidak, aku bukan pemantun tegar. Cuma celup-celup tepung. Panas rangup. Sedap menjadi. Silap? Tawar-tawar pahit!.

Malam perasmian itulah aku kenal abang Hafezi. Bercerita tentang pantun. Aku khusyuk mendengar. Jadi takjub

Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

"Kau tahu?" dia bertanya.

"Tahu apa?" memang aku tak tahu.

"Pantun Melayu itu tinggi nilainya. Orang Melayu dulu cakap berkias bukan suka-suka. Dikaitnya unsur alam jadi pembayang bukan kerana hiasan kata. Akan tetapi disitulah letaknya tinggi nilai budi, nilai bahasa. Dikaitkan tiap satu. Masing-masing punya erti. Contoh pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti", semacam menerang.

"Maksudnya?"pintasku.

Perkaitan antara pembayang dan maksud. Dari pembayang hinggalah maksud terakhir, tiap rangkap itu berkait. Pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi di bawa mati.

Pisang emas bawa belayar.
Kau tahu, pisang emas itu sangat bernilai. Sebab pisang emas itu berguna untuk orang yang pergi belayar jadikan makanan. Pisang emas agak tahan lama. Boleh dimakan begitu sahaja. Sesuatu yang sangat berrharga, terutama bagi musafir di pelayaran.

Masak sebiji di atas peti.
Kau tahu, masak sebiji di atas peti itu apa? Pisang yang berharga itu berguna.Boleh jadi dimakan. Ada manfaat atau kebaikan. Diletakkan di atas peti.Peti itu bukan peti biasa. Peti itu peti keranda.

Khali sejenak. Puas aku memikir. Terbayang cerita keranda terbang. Tapi kali ini keranda dalam kapal.

Hutang emas boleh dibayar.
Kau tahu, hidup di dunia, kalau meminjam mesti dipulangkan. Andai berhutang boleh dilunaskan. Baik duit, ringgit, emas, perak, pasti boleh dibayar. Oleh kerana emas itu ada nilai, mesti boleh dicari galang ganti. Emas dibayar dengan emas.

Hutang budi dibawa mati.
Kaitan dari rangkap kedua itu tadi, masak sebiji di atas peti. Sesuatu yang bernilai. Kalau diberi semasa memerlukan, pasti sesuatu yang sangat-sangat berharga. Susah untuk disandarkan nilainya. Itulah budi. Hutang budi dibawa mati. Budi tak boleh dibayar dengan wang ringgit. Meski gunung itu jadi emas, dan lautan itu permata yang berkilau, harga budi belum tentu boleh dibayar. Itulah erti menghargai. 

Pesona bahasa yang mengasyikkan.
Pantun itu bukan sekadar seni. Orang Melayu dahulu tinggi nilai bahasanya. Orang Melayu dahulu berfikir. Bukan suka-suka menjalin unsur alam dalam tiap baris rangkap. Isi tersurat punya makna tersirat. Itu baru satu pantun. Ada dua tiga lagi.

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,
Manakan sama cik adik seorang.

Thursday, July 28, 2011

Cincin Belah Rotan.


"Cantik cincin", seolah  bertanya.

"Pandang pada apa, kalau dinilai cantik?", bingkas soalan itu.

"Pada kilau yang mengerlip. Silau. Hahaha" seakan memerli.

" Kalau kilau itu yang silau, hanya pada zahir, belum mampu sinarnya gemerlapan", madah mengisi bicara.

Falsafah cincin itu mesti cantik. Biar pemakainya tampak seri. Ibarat bunga, serinya pada warna. Cincin pada jari pasti berseri. Cincin pada jari jadi seribu satu solan misteri. Adakah bunga itu dimiliki?

*  *  *

Mula-mula aku kenal dia. Dia pernah kata.

"Aku pandang kanan, tengok semua pakat tutup muka dengan tangan macam ni. Tutup sebelah aje, aku tahu skill dari universiti lagi. Memang diorang nak tunjuk. Masuk sini pun sama jugak". Tangan kiri menghadang muka.

"Maksudnya?" Aku bertanya.

"Mu tahu Apih, ape maksudnye kalu orang pempuan buat gitu? Die nak bagitahu yang die dah ade yang punye. Ni cincin ni. Dah ade orang dah. Jangan jeling-jeling!" Abang Mi bagi jawapan. . Ditunjuk jari manisnya yang kosong Aku senyum sinis.

Sekarang Abang Mi dah kahwin. Mungkin jari Kak Dayah(isterinya) dulu tak ada cincin. 

* * *

Cincin emas belah rotan,
Diri ini ku korbankan,
biar mati tak berkapan,
Pantang undur  anak watan.

Bila nyanyi semula lagu ni terasa sayu. Dalam sayu ada semangat. Diri layu jadi laju. Dari pudar kembali ceria. Benar-benar punya roh lagu ni. Perihal lagu yang meniup api semangat pada setiap insan yang menghayati. Biasanya, bila kita mendengar lagu, hanya seperti angin lalu. Sekadar bergema di cuping telinga. Andai gemanya bertalun masuk, pasti hanya melintasi otak. Belum tentu singgah. Andai singgah, adakah sampai ke ufuk minda atau sekadar berlabuh di tepian. Umpama angin lalu, boleh jadi lagu itu ibarat bayu yang menenangkan. Boleh jadi juga umpama taufan yang menggegarkan . Tapi ini lagu yang sampai langsung ke lubuk sanubari tiap dari kami. Dari dulu selalu terngiang. Apa corong-corong radio memutar memain irama. Tidak. Hanya gelombang-gelombang ghaib yang singgah menyapa telinga. Memaut-maut, untai kata cincin...

Apa erti cincin pada jiwa, pada cinta? 

Wednesday, July 13, 2011

biar sakit...


biar sakit,

walau pun demam sekejap,

atau batuk...

dari sihat,

 tiba-tiba jatuh

sakit tenat.

sakit teruk.

sakit sangat.

bimbang...

maaf

sakit itu peringatan. rahmat Allah...

Saturday, July 9, 2011

'Singa' yang takut bini!Aumm...miaw2..

Haiwan lain kata saya berjiwa rakyat. Memang pun…


 Pengikut saya kata, saya mewarisi kehebatan bapa saya. Memang pun…

Sesekali kalau saya mengaum, memang menggeletar lutut. Memang pun…

Saya nampak macam reserve, tapi kalau saya naik darah seekor kuda pun boleh habis saya kerjakan. Memang pun…

1hutan mengakui kewibawaan saya okay, malah seantero dunia puji saya. Memang pun…

Tapi kalau saya balik rumah, bini saya itu selalu torture saya. Manalah saya tak stress?

*oleh: Faisal Tehrani

Episod 3, Parlimen Rimba: Bisa Ulat Bulu


Dari pokok ke pokok , Monki melompat. Dengan perintah kononnya. Belang dari jauh tersenyum. Mahu menjadi ketua di rimba. Sedang dia tidak sedar, seisi rimba itu belum tentu suka padanya. Belum pasti kekuasaannya tahap mana.

Monki si monyet menjerit jerit, "wahai penghuni rimba, mahukah kamu tahu. Aku ini pembawa utusan. Aku nak bagi tahu semua, yang belang menabalkan dirinya sebagai ketua rimba.

Tupai yang tunduk mendongak hairan, kancil terkedu tak lalu makan, gajah bertempik membunyi semboyan.Berkumpul seisi rimba menghampiri Monki. Monki monyet yang kononnya pembawa utusan.

Rusa, tapir, kancil, tikus, biawak, ayam hutan, ular, dan semuanya ada. Bagai tidak percaya mendengar berita. Berita hairan.

"Apa kau ini tali barut Belang kah Monki?" tanya Filun. Filun ialah seekor gajah. Dalam kalangan gajah dialah yang paling penyabar. Apabila ada gajah naik minyak bergaduh sesama sendiri, dialah yang menenangkannya. Tapi kali ini solannya seolah-olah Filun naik minyak.

"Aku bukan tali barut. Tapi aku ni utusan. Nak bagi tahu kalian semua, yang Belang kini ketua kita".

"Apa kau gila, tiada angin ribut, taufan melayang, tiba-tiba Belang melantik diri sendiri menjadi ketua rimba", Filun membantah.

"Betul juga, tiada perjumpaan dibuat, tiba-tiba gila kuasa!"tambah Rossi sang rusa.

"Kalian mesti fikir baik-baik. Hidup di hutan ini perlu kepada satu kepimpinan. Supaya hidup kita teratur. Urusan-urusan dapat ditadbir dengan baik. Barulah hidup aman damai", Monki bermain kata.

Memang benar kata Monki. Mereka perlu ada pemimpin. Bagi memastikan kelangsungan hidup yang aman. Tidak seperti dulu gajah pernah bergaduh dengan ular sawa. Bertanding siapa lagi kuat. Tapi itu cerita dulu, hikayat binatang-binatang tua.

Dijadikan cerita masing-masing bertemu dalam gelanggang. Seisi hutan jadi penonton. Tapi masa itu, ular sawa ini punya bisa. Antara banyak-banyak ular, bisa ular sawalah yang paling bahaya. Tidak sempat mata berkedip, mati. Jadi dijadikan syarat, ular sawa mesti mengeluarkan bisa dan diletak dalam mangkuk. Maka, bergegar seiri alam rimba, menghentak, melibas, menghempas, menendang, membelit, kedua-dua ekor haiwan yang besar itu. Mereka besar badan tapi pendek akal.

Sedang bergelut terkenalah ekor ular sawa pada mangkuk yang berisi bisa. Maka tumpahlah bisa ular sawa. Bisa yang kuat lagi membunuh itu terpecik pada kala jengking,lebah, penyengat, tebuan, labah-labah, dan yang paling sikit ialah ulat bulu.  Kesan dari itu, masing-masing dapat bisa percuma. Tambah kuasa. Sebab itu siapa yang terkena ulat bulu akan rasa gatal-gatal.Akhirnya gajah menang!

Semua haiwan berfikir.

bersambung

Welcome to the club!

Friday, July 8, 2011

cuci kasi BERSIH!



Saya pelik. Kenapa orang tak mahu bersih. Ada yang kata bersih kasi susah. Susah ke?
Mereka suka duduk dengan kekotoran?

Yang di kampung-kampung, tersengguk-sengguk mengangguk mengecam bersih. Apa yang mereka cakap sama macam dalam televisyen. Apa pak menteri bilang itu yang pak cik ulang.hah
Pak cik pun tak tahu apa tu bersih.Hahaha.kelakar~
Angguk angguk geleng-geleng, tunduk-tunduk ikut telunjuk, iya-iya saya-saya, kiri kanan ikut aje.

Tabik Pak Samad(A.Samad Said)

Dulu, Pak Samad lawan pak menteri isu PPSMI. Sekarang Pak Samad lawan guna Unggun Bersih!

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu..

Nukilan - A Samad Said

Sunday, June 26, 2011

Bateri!!!



Bukan tak mahu tolong bangsa sendiri, tapi terkilan dengan perangai bangsa sendiri yang 'makan' sesama sendiri.

Bila tak tolong, diungkit macam-macam.
Tak mahu tolong.Mengkayakan bangsa lain.
Hakikatnya bangsa sendiri yang cari sakit.

Bateri kereta ditukar semasa kereta tersebut dalam bengkel.
Pandai betul bangsa sendiri ambil kesempatan.
Hilang kepercayaan dibuatnya.
Macam mana bangsa sendiri nak maju?
Untung tipu orang.

Mungkin boleh untung,
Mungkin boleh kaya,
tapi hidup tak senang!
Bukan semua buat perangai macam ni.
Tapi ada yang buat!

Bangsa sendiri perlu dicas semula..hahaha

Saturday, June 25, 2011

waaa...



Bila bait itu berdendang, berkaca mata.
Terhambur mengalir,membasahi pipi gebu.
Menangislah wahai anak.
Disebalik mata yang berkaca itu terhampar nota duka.
Mungkin hikayat bisa yang membungkam jiwa.
Aduh...menangislah...
Sebab menangis itu terapi jiwa. Masakan tidak?

Orang yang tidak menangis jiwanya keras. Ish!
Orang yang tidak menangis hatinya bebal.Eh!
Orang yang tidak menangis dirinya ego. Ops!

Tapi saya susah menangis...Muhasabahlah

Friday, June 10, 2011

Musalman vs S. Ma'rof

Maka peninglah kepala Musalman memikir soalan teka-teki gila S.Ma'rof. Mahu tak mahu, perlu Musalman melangsaikan hutangnya tersebut. Hikayat demi hikayat menjawab teka teki tak pernah Musalman tewas. Inikan pula dengan si S. Ma'rof. Bukanlah apa, jika dikira zaman sekolah-sekolah dulu, Musalman adalah yang paling bijak dalam kelas. Dibandingkan dengan S. Ma'rof yang hanya sekadar reti menyanyi lagu Ada Sang Ulat Bulu. Itu pun puas diajar mengeja oleh cikgu Ghani, yang juga cikgu pengakap.. Tapi itu zaman 70an dulu. Memang S. Ma'rof dungu.Dahla dungu, selalu pula duduk di luar kelas.

Tapi hari ini S. Ma'rof betol-betul mencabar kejantanan Musalman. Musalman bukan sahaja dilabelkan sebagai jejaka genius di Kampung Beruang Kaya malah diangkat sebagai sumber rujukan anak muda malahan orang tua di kampung itu. Jasa Musalmanlah cerucuk di tepi tebing sungai ditanam buat penghadang air bah.Banyak lagi kalu nak diungkit, cuma Musalman ini bukan orang yang kuat mengangkat bakul sendiri. Tapi pantang dibodek, kembanglah hidungnya seluas serombong kapal.


"Binatang apa yang banyak ikut orang lelaki pergi ke masjid? Jawab Man.Hahahaha.Temu Jumaat dekat ni bagi jawapan...",gelak besar S. Ma'rof lepas bertanya Musalman.

Seolah-olah menghentam kotak minda Musalman soalan teka teki itu.

Berkerutlah dahi Musalman. Dipicit-picit, diurut -urut tak juga kendur. Sebaliknya terus berkerut. Celik, pejam, bangun, tidur, pening kepala Musalman memikir jawapan.

Mahu sahaja diseterika dahi Musalman. Biar hilang kedutnya.

"Binatang...ikut orang lelaki.... pergi ke masjid...????"

Itulah yang dizikirkan Musalaman. Dari binatang berkaki empat sampailah berkaki dua, juga tak berkaki berkurung dalam kotak pemikirannya.

Halal ke haram. Semuanya melompat lompat dalam minda Musalman. Hendak dituduh S. Ma'rof gila memberi soalan sedemikian rupa bukanlah sifat Musalman.

Malam demi malam, Musalman ke masjid. Dalam diam dia memerhati sekeliling. Meninjau kot binatang yang datang mengikut. Hendak ditanya pada orang lain, segan lagi malu. Bimbang orang yang mendengar rasa berbulu tengkuk.

Hari Jumaat menjengah. Musalman diburu cuak.

Musalman bersandar di tepi pintu masjid. Termenung, murung, bingung...

Takdir yang Esa menentukan segala-galanya. Masuklah hamba-hamba Allah menanti khatib berkhutbah. Rata-rata ahli sunat dan Jumaat. Maka terpandanglah akan dia...

Tersenyum, senyum, senyum...

"S. Ma'rof,aku tahu jawabnya....Gajah Duduk!"

Mencebik bibir S. Ma'rof. Memang betul Musalman genius!

Wednesday, June 8, 2011

Dari Kekasih Juga Permata Untuk Isteri

Sekadar meminjam bait-bait lagu. Mengisi kekosongan . Menghayati tiap inci kata. Aduh, dalamnya!

.

Kekasih (Kopratasa)

Akan ku pintal buih-buih

Menjadi tali mengikatmu

Akan ku anyam gelombang-gelombang

Menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan-gemawan

Menjadi selendang menudungi rambutmu

Akan ku jahit bayu gunung

Menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur

Menjadi kerongsang menyinari dadamu

Akan ku jolok bulan gerhana

Menjadi lampu menyuluhi rindu

Akan ku rebahkan matahari

Menjadi laut malam mu

Menghirup sakar madu mu

Kekasih Hitunglah mimpi

Yang membunuh realiti

Dari syurga ilusi.

Juga 


Permata Untuk Isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi

Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita

Untuk kau beri erti dengan kelembutan

Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia

Yang tahu harga budi dan hati

Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri

Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini

Tak semudah yang kita janjikan

Yang kita janjikan

Kerana kau isteriku

Menggetarkan jiwa. Malah jadi satu ingatan. Akan ikatan itu..Amin~

Tuesday, June 7, 2011

Kumbang Bunga Sukma


Bunga sukma,

tak akan layu,

kiranya embun itu membasahi,

bunga sukma,

akan mekar,

mengembang wangi,

kiranya sinar mentari memancar padanya,

sinar itu cahaya,

embun itu penyegar,

bunga-bunga sukma akan terus mekar.

kiranya,

Senja yang berlabuh tirai,

menanti terbit sinar cahaya esok,

menanti siraman embun bunga-bunga sukma,

yang mekar,

yang mewangi,

yang menarik,

pesona kerdil kumbang.

Senja yang berlabuh tirai

itu harapan esok.

Jangan embun dan cahaya pergi bersama senja,

bimbang bunga sukma layu derita,

Kumbang tak rela.

Tuesday, May 17, 2011

usai~



Usai salam, ku menoleh kanan,kiri. Anak kecil itu sekali lagi mengenyit mata kepadaku. Aku tersenyum. Membalas jerlingan manjanya.
Tiba-tiba anak kecil itu bersuara.
"Ayah ada cermin mata, tapi tinggal. Macam inilah."
"Iye?" 
Ringkas jawabku.Menanggal cermin mata yang sekadar singgah sebentar usai salam tadi. Sesekali dia membebel. Aku tersenyum berseorangan.
Sedang tangan menadah tangan, mengamin doa, dia tunduk. Tidak ditoleh kiri kanan mencari abinya. Khusyuk sungguh budak ini.
Ya bunayya, moga kau jadi anak yang soleh kelak. Amin~
- Annur,16 Mei 2011 

Thursday, March 24, 2011

Analisis Regresi



Setelah menjalankan tugasan ini, kami memperoleh satu keputusan yang memuaskan. Hal ini kerana, tanggapan kami terhadap jumlah tidak hadir ke kuliah akan mempengaruhi purata mata gred bagi seseorang individu. Nyata, tanggapan kami adalah benar.

Berdasarkan kepada tugasan yang telah dijalankan, kami dapat membuat satu kesimpulan, bahawa jumlah jam tidak hadir ke kuliah yang tinggi akanmenyebabkan purata mata gred bagi seseorang pelajar jatuh. Hubungan ini dibuktikan melalui graf-graf yang telah disediakan.  

Menggunakan jumlah jam tidak hadir sebagai pemboleh ubah yang tidak bersandar dengan menghubungkait pemboleh ubah yang bersandar iaitu purata mata gred, kami dapat membuat satu kesimpulan, sekiranya seseorang pelajar tidak hadir ke kuliah dalam tempoh masa yang panjang ataupun kerap, prestasi pencapaian akademik pelajar tersebut akan merudum.

Sememangnya kehadiran ke kuliah bagi menjalani interaksi pembelajaran dan pengajaran akan memberi kesan terhadap penguasaan dan pemahaman individu. Pelajar menggunakan masa kuliah tersebut untuk memperoleh pengetahuan baru mereka. Malah mereka boleh berinteraksi dengan pensyarah bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka berkenaan topik atau subjek yang dipelajari.

Jelas di sini, sekiranya sesorang pelajar tidak memanfaatkan waktu yang diperuntukkan bagi interaksi kuliah, maka mereka akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menyebabkan mereka cenderung untuk tidak mendapat keputusan yang baik dalam ujian. Oleh itu, setiap pelajar mesti memastikan masa yang diperuntukkan bagi interaksi kuliah dihadiri dan member fokus yang secukupnya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

*Para responden merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.



Wednesday, March 23, 2011

Bayu yang bertiup...

bayu yang bertiup,menghembus alunan sayang,menyayi lagu rindu,mengutus irama kasih,mengungkap bait cinta dan cita...


bayu yang bertiup,
kirimkan padanya khabar isi hati ini,
yang sentiasa merindui,
yang dari jauh mengagumi,
yang kini menanti.

bayu yang bertiup,
menggoncang pohonan tepian pantai,
namun tegar dalam lambaian,
utuh dan teguh,
menagih harapan Pencipta,
pada cita dan cinta...  

Tuesday, March 22, 2011

Bahasa?

Baru-baru ini saya ke Bangunan Gunasama daerah(tempat pejabat-pejabat jabatan kerajaan persukutuan), kebetulan menguruskan sesuatu urusan. Sementara menunggu giliran nama dipanggil saya tertarik mendengar seorang wanita berbangsa Cina berbual-bual dengan anak kecilnya dalam bahasa Melayu. Mungkin ini bukan sesuatu yang menarik. Ibu ini sekadar memberikan arahan yang ringkas dan berbual dengan anaknya yang pada pemerhatian saya, mungkin anak kecil itu dalam lingkungan lima dan enam tahun sahaja. Anak-anak wanita tersebut juga berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Tidak menggunakan bahasa Ibunda seperti kebiasaannya. Meskipun ada terdapat slanga bahasa Melayu-Cina dalam pertuturan mereka, namun bagi saya inilah usaha yang sangat baik bagi ibu ini. Melihat kepentingan bahasa Melayu dalam komunikasi harian, wanita ini menitik beratkan komunikasi bahasa Melayu terhadap anak-anak meraka. Mungkin wanita ini seorang guru. Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris. Hanya telahan saya. 

Sebelum itu, pernah saya berbincang dengan seorang guru Bahasa Tamil, di sebuah sekolah. Beliau amat sedih mengenangkan masalah pelajarnya yang gagal menguasai bahasa Melayu yang dipelajari. Meskipun beliau guru bahasa Tamil, namun demikian penekanan terhadap bahasa Melayu juga amat penting. Ibu bapa memainkan peranan yang penting. Cukuplah arahan yang ringkas dan mudah. Sedikit sebanyak membantu anak-anak ini memahami bahasa Melayu dengan mudah.
Tak kurang juga orang Melayu kita. Boleh dikatakan lemah dalam menguasai bahasa ibunda dengan betul. Bagaimana mahu mempertingkat pemahaman dan menguasai bahasa lain. Seharusnya kita berusaha berusaha menguasai bahasa lain, setidak-tidaknya mampu berbahasa Inggeris. Itulah kita, sekadar cukup apa yang ada.
Beruntung juga kawan-kawan kita dari bangsa Cina dan India. Setidak-tidaknya dapat mempelajari dan berkomunikasi dalam tiga bahasa. Bahasa ibunda mereka, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sedang kita bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja. Mungkin ada dalam kalangan kita yang dapat berbahasa Arab. Alhamdulillah, malah ada yang mampu menguasai bahasa Tamil dan Cina dengan baik. Sebagai contoh, Dato Seri Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak. Namun boleh saya katakan, jumlah orang Melayu yang sebegitu sangat-sangat sedikit. Seperti dialog P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang, jarang-jarang, kadang-kadang, sedikit-sedikit. Ya, sedikit-sedikit!
Bahasa merupakan suatu kuasa. Menguasai bahasa memberikan suatu aura yang cukup mendalam dan terkesan. Sungguh terkesan! Kenapa?
Orang yang mampu menguasai banyak bahasa bererti berjaya menjalinkan hubungan diplomatik, membina keserasian dan persefahaman seterusnya menghubungkan rangkaian yang luas dengan orang lain. Kerana dapat berkomunikasi dengan baik. 
Pernah sekali saya ke kedai, yang mana pemiliknya berbangsa India. Sengaja saya berkata, “ye paddi yer kanggie (apa khabar)?”. Lantas lelaki itu menjawab dan tersenyum. Panjang pula jawapannya. Seolah-olah ada juga sesuatu yang ingin ditanya kepada saya. Saya menggeleng kepala dan berkata,
 “ maaf pak cik, tu je yang saya tahu”. Gelak besar lelaki separuh usia itu. 
“Boleh belajar lagi, bagus-bagus”.
Ini cerita lama, dan sayang sekali saya pun tidak mempertingkatkatkan kemahiran itu. 
Dalam konteks warga Malaysia hari ini, bertutur dalam bahasa Melayu merupakan satu kemestian kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi seterusnya memudahkan pertuturan dan komunikasi masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Sejarah juga membuktikan kuasa hebat bahasa Melayu sebagai Lingua Franca yang memudahkan pertuturan pedagang luar ke Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Orang luar belajar bahasa kita? Dan kita?
Kita belajar bahasa mereka , Kebaikan itu adalah untuk kita juga.
Saya tidak mahu menuding jari kepada orang lain sedang saya juga bukanlah arif dalam menguasai bahasa ini sendiri. Hanya segelintir orang yang diberi kelebihan mempunyai kemahiran menguasai bahasa dengan cepat dan cekap. Cuma mengingatkan sahaja. Apa yang perlu dilakukan ialah belajar dan terus belajar.
-Terima kasih awak, banyak tolong saya dalam bahasa Inggeris.Thank you, Muchasgrasias!.

Thursday, February 17, 2011

Bahan Manipulatif dan Pertembungan Idea


Pengajaran Matematik Dengan Bahan Manipulatif
Bahan manipulatif merupakan bahan yang boleh di aplikasikan kepada deria manusia. Terutama kanak-kanak sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing pelajar supaya dapat mencapai sesuatu tahap.Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan kognitif pelajar kerana pelajar dapat merasai sendiri pengalaman terhadapa apa yang dipelajari. 
Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat sepertimana teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu dalam proses pemeringkatan pembelajaran. Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar. Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara yang abstrak. Tumpuan ini amat jelas bagi pelajar yang berada dalam lingkungan 5 hingga 11 tahun. Hal ini kerana mereka berada dalam lingkungan operasi konkrit dan memerlukan contoh yang jelas bagi mengukuhkan kefahaman mereka

Penggunaan Bahan Manipulatif-Kalkulator

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan kalkulator amat penting dalam pembelajaran Matematik hari ini. Berbeza dengan suasana pembelajaran terdahulu, pelajar kini diberi peluang untuk menggunakan kalkulator sebagai bahan bantu dalam mempercepatkan proses pengiraan mereka. Apa yang menjadi persoalan adalah, penggunaan kalkulator bagi pelajar yang berada di sekolah rendah. 
Seperti mana yang kita sedia maklum, pada peringkat umur 5 hingga 11 tahun adalah peringkat di mana pembelajaran secara konkrit dilakukan. Penggunaan kalkulator dilihat melangkau peringkat operasi konkrit iaitu pelajar menggunakan contoh yang jelas, ini sekaligus menjadikan pelajar malas untuk mengira secara manual.
Pertembungan pendapat ini menjadi isu apabila kebanyakan negara maju lebih menekankan aspek penyelasaian masalah dalam Matematik dan bukan pengiraan semata-mata. Jika kebergantungan Matematik itu hanya pada pengiraan, maka pelajar Malaysia akan ketinggalan jauh dalam bidang pendidikan Matematik, seterusnya negara akan terus ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berbanding aplikasi pendidikan di beberapa negara maju yang menekankan konsep penyelasaian masalah, mereka dapat maju ke hadapan dalam pendidikan Matematik kerana penggunaan kalkulator membantu pelajar mereka melangkau lebih jauh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...