Wednesday, December 11, 2013

Cerpen Mikro: Abang Kawasan


“Apasal budak-budak lu masuk kawasan gua? Lu tak kenal lagi sape gua kan?”
“Apa lu-lu, gua-gua ni? Aku lalu je. Apa masalahnya?”
Lu jangan nak bahasa jiwa bangsa sangatlah… apa lu ingat lu lalu sini boleh selamatla?
“Aku bawak kawan-kawan aku ke sini. Aku tak kacau budak-budak kau. Budak-budak aku cari makan sini. Kau mahu hidup, aku sama budak-budak aku pun mahu hidup. Sama-sama hiduplah! Tak payah gaduh-gaduh!’
“Tapi budak-budak lu banyak bising. Habis budak-budak aku kena angkat. Lu apa tahu?”
“Wei, kau cakap elok-elok sikit! Budak-budak aku, masuk kawasan ini buat kerja diam-diam”
Dey Miko, aku lama dah angin sama you dengan you punya budak! Kalau you tak mahu tinggal ini kawasan, aku sama ini Taiger kasi cabut nyawa” Maikel mula bersuara.
“Pergh, apa kau ingat kau tu malaikat maut ke?” Sengaja Black mencelah.
Aiyo, Miko ini budak hitam you punya warrior ke? Bikin malu la! Mau tunjuk taring ka ha?” Maikel meninggikan suara. Maikel mula sedikit mara. Taiger menahan. Taiger menjeling tajam.
“Miko, gua bagi pesan kali akhir. Gua tak nak buat sampai adik beradik sama ipar duai lu nangis. Jangan sampai aku buat lu punya bini jadi janda. Lu punya anak jadi yatim”. Keras amaran Taiger.
“Taiger, aku jujur mahu cakap. Bila masa aku kahwin? Bila masa aku ada anak. Anak saudara sepupu tiga pangkat dari belakang adalah! Hahaha” Balas Miko. Miko dengan budak-budaknya yang lain gelak sekuat hati.
“Hoi, Miko! Lu sama budak-budak you bikin wa panas. Bikin wa sakit hati. Lu bikin loyar buruk pulak ha!” Berang sungguh Taiger. Merah mukanya.
“Taiger! Aku tak kisah lu abang kawasan ke, abang wilayah ke. Kau kasi tahu sama kau punya papanda, ini Miko sama budak-budak kirim salam. Kau suruh kau punya papanda jaga anak buah elok-elok. Suruh belajar tatabahasa elok-elok. Kasi lancar cakap. Banyakkan kosa kata. Baca buku lebih sikit!” Miko membalas.
Masing-masing memandang tajam. Masing masing seperti mahu menerkam. Seakan harimau yang lapar. Serigala yang buas mahu menerkam. Sungguhpun mereka bukan.
Meowwwwwwwwww…… Meowwwwwwwwwww…..
“Woi, apa bising-bising ni. Menyemak je kat sini. Pergi-pergi. Syuh pengotor. Kucing kurap. Tunjuk samseng haa kat sini. Dah-dah syuh…suh.. kucing kurap. Gaduh-gaduh pulak. Samseng tahi kucing! Jerkah seorang budak sambil mengejar kucing-kucing itu.
Miko, Taiger, Black, Maikel dan budak-budak mereka lari…

Meooowww….. 

Monday, December 2, 2013

BELAJAR DARI DORAEMON? FROM LOOSER TO WARRIOR


Doraemon merupakan robot kucing dari tahun 2112. Kelahirannya adalah dari kegagalan peringkat awal dalam proses saringan robot kucing. Setelah diberi peluang dalam sekolah robot, Doraemon adalah robot yang lemah semangat, rendah diri dan tidak berkeyakinan. Setelah melalui pemilihan atau 'audition' untuk pemilihan robot, akhirnya Doraemon telah terpilih secara 'tak sengaja' oleh seorang budak bernama Sewashi. Doraemon menjadi robot pengasuh. Sewashi sayangkan Doraemon. Begitu juga Doraemon. Namun, peristiwa telinganya yang digigit robot tikus dan kegagalan pihak hospital merawat telinganya membuatkan Doraemon jadi patah semangat. Bimbang Sewashi sudah tidak mahu menerimanya.
Doaremon makan ubat bagi mendapatkan semangat. Rupa-rupanya dia tersalah ubat. Akhirnya badannya berubah warna menjadi biru. Warna kuning dari badannya luntur. Doraemon makan ubat yang lain, harapannya dia dapat menjadi lebih bersemangat. Malangnya tersalah lagi,!Doraemon makan ubat jadi laju. Waktu yang sama, Sewashi diculik penjahat. Secara tak sengaja, Doraemon yang memecut laju boleh merempuh kapal penjahat tersebut. Sewashi selamat. Penjahat tertangkap.
Doraemon jadi hero. Sewashi tetap terima Doraemon walaupun Doraemon bukan seperti dulu lagi.
Doraemon dihormati robot-robot lain. Kemudian Doraemon dihantar membantu Nobita. Moyang Sewashi

Dah tu apa yang dapat dipelajari?

Barangkali kita pernah gagal, kita minta dari Tuhan, untuk terus berjaya, tapi tidak diperkenankan. Kita dapat sesuatu yang lain. Rupa-rupanya apa yang diperoleh itu adalah sebenarnya laluan untuk kejayaan. Kita minta A, Allah bagi C. C membawa kepada B. B tunjuk kita kepada A.
Apresiasi. Penghormatan dan sokongan penting. Jangan membodohkan yangg lemah, sampai satu masa, roda kehidupan berputar, kedudukan kita berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...