“Apasal budak-budak lu masuk kawasan gua? Lu tak kenal lagi
sape gua kan?”
“Apa lu-lu, gua-gua ni? Aku lalu je. Apa masalahnya?”
“Lu jangan nak bahasa jiwa bangsa sangatlah… apa lu ingat lu
lalu sini boleh selamatla?
“Aku bawak kawan-kawan aku ke sini. Aku tak kacau
budak-budak kau. Budak-budak aku cari makan sini. Kau mahu hidup, aku sama
budak-budak aku pun mahu hidup. Sama-sama hiduplah! Tak payah gaduh-gaduh!’
“Tapi budak-budak lu banyak bising. Habis budak-budak aku
kena angkat. Lu apa tahu?”
“Wei, kau cakap elok-elok sikit! Budak-budak aku, masuk
kawasan ini buat kerja diam-diam”
“Dey Miko, aku lama dah angin sama you dengan you punya
budak! Kalau you tak mahu tinggal ini kawasan, aku sama ini Taiger kasi cabut
nyawa” Maikel mula bersuara.
“Pergh, apa kau ingat kau tu malaikat maut ke?” Sengaja
Black mencelah.
“Aiyo, Miko ini budak hitam you punya warrior ke? Bikin malu
la! Mau tunjuk taring ka ha?” Maikel meninggikan suara. Maikel mula sedikit mara.
Taiger menahan. Taiger menjeling tajam.
“Miko, gua bagi pesan kali akhir. Gua tak nak buat sampai
adik beradik sama ipar duai lu nangis. Jangan sampai aku buat lu punya bini
jadi janda. Lu punya anak jadi yatim”. Keras amaran Taiger.
“Taiger, aku jujur mahu cakap. Bila masa aku kahwin? Bila masa
aku ada anak. Anak saudara sepupu tiga pangkat dari belakang adalah! Hahaha”
Balas Miko. Miko dengan budak-budaknya yang lain gelak sekuat hati.
“Hoi, Miko! Lu sama budak-budak you bikin wa panas. Bikin wa
sakit hati. Lu bikin loyar buruk pulak ha!” Berang sungguh Taiger. Merah
mukanya.
“Taiger! Aku tak kisah lu abang kawasan ke, abang wilayah
ke. Kau kasi tahu sama kau punya papanda, ini Miko sama budak-budak kirim
salam. Kau suruh kau punya papanda jaga anak buah elok-elok. Suruh belajar
tatabahasa elok-elok. Kasi lancar cakap. Banyakkan kosa kata. Baca buku lebih
sikit!” Miko membalas.
Masing-masing memandang tajam. Masing masing seperti mahu
menerkam. Seakan harimau yang lapar. Serigala yang buas mahu menerkam.
Sungguhpun mereka bukan.
Meowwwwwwwwww…… Meowwwwwwwwwww…..
“Woi, apa bising-bising ni. Menyemak je kat sini.
Pergi-pergi. Syuh pengotor. Kucing kurap. Tunjuk samseng haa kat sini. Dah-dah
syuh…suh.. kucing kurap. Gaduh-gaduh pulak. Samseng tahi kucing! Jerkah seorang
budak sambil mengejar kucing-kucing itu.
Miko, Taiger, Black, Maikel dan budak-budak mereka lari…
Meooowww…..