Thursday, July 17, 2014

Janji Seorang Hamba


Hari itu lahir seorang lelaki,
Saat dia menangis,
Tangannya menggenggam,
Menggenggam sebuah janji.

Hari berlalu pergi, hingga mampu menapak,
berdikit-dikit melangkah,
hingga mampu berlari.
Masih ingat janji itu?

Hari seterusnya menginjak dewasa ,
Kaki yang melangkah dikerah,
Dikejar harta, wanita dan takhta,
Mana pergi sebuah janji?

Hari akhir seorang lelaki,
Badan yang tegap akhirnya rebah,
Setelah puas mengejar dunia,
Sudah teringat akan janji?

Hari ini seorang lelaki,
Tangan diqiyam kemas,
Akhirnya pulang, membawa diri
Mampukah dijawab akan janjinya?

Aku hambaMu, Engkau Tuhanku.

Tuesday, July 15, 2014

Pesan Merpati Gaza


Saat biru langit itu,
Merpati putih sudah enggan lagi terbang,
Lari dari kebiasaan fitrah,
Kerana tiada lagi ruang untuk mereka, katanya...

Aku tanya mereka,
sedang langit itu terbentang luas,
bagaimana hilang sedepa ruang?

Bukan sedepa atau sehasta,
Seinci langit, sejengkal bumi dinafi,
Dari dijejak insan derita,
Hasil rakus sebangsa Yahudi.

Apa kau juga takkan terbang?

Terbang,
Terbang, bersama para syuhada.
Terbang me
ngiringi ke pintu syurga
Terbang menjadi saksi mereka,

Aku nampak kemenangan itu pasti
kerana itu janji Rabbi.
Janji Rabbi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...