Tuesday, May 29, 2012
Melayu Jangan 'melayu'
Monday, May 28, 2012
Jumaat Generasiku
![]() |
| Di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. |
Sunday, May 27, 2012
Segelas 'Fresh Orange'
Tulisan saya ini tiada kepentingan peribadi tapi saya mahu yang seakidah dengan saya berfikir tentangnya. Saya mahu anda fikir dan renungkan.
Saya pinjam satu analogi, seorang Melayu mengajak rakannya (juga Melayu) pergi ke bar, minum, berbual-bual. Katanya, "di sana tak perlu minum wain seperti aku. Minum fresh orange". Maka rakannya turut sama ke sana, minta segelas fresh orange. Cuma minum saja.
Minum, berbual bual. Ya, sambil membasahkan tekak dan mengisi masa. Salahkah?
Jika anda yang menghadapi situasi seperti ini, bagaimana mahu anda mengadilinya? Meletakkan iman sebagai perisai utama dalam mempertahankan diri anda atau mempertahankan 'persahabatan'?
Banyak persoalan yang perlu dirungkaikan. Apa yang perlu kita sedari adalah matlamat tidak sama sekali menghalalkan cara. Meskipun niat mahu ke bar dan membasahkan tekak, itu perlu. Tapi kenapa bar?
Mengapa bukan ke warung tepi jalan sahaja?
Sebab kawan yang ajak. Dia mahu pergi juga ke sana. Ringan langkah, tanpa bantah. Mengiyakan kerana yakin bahawa, takkan sekali-kali meneguk air haram itu, sebaliknya meneguk segelas fresh orange bervitamin C!
Carilah tempat lain. Baik memilih santapan, tempat perbelanjaan, hiburan. Titis hitam pada baldu putih, meski di penjuru, harganya tidak sama. Buangkan dahulu, baru ya dan aku tahu, sucinya baldu itu.
Maaf tuan, puan, kawan, sahabat, aku menulis bukan kerna nama.
Tak mengapa andai tuan tidak mengerti. wallahualam.
Thursday, May 24, 2012
Soldadu Senja
Saturday, May 5, 2012
JIKA AKU SEORANG PERDANA MENTERI
Berdebar rasa dalam diri Ajib. Sebentar lagi namanya akan dipanggil.
" Seterusnya, bagi meneruskan pertandingan Pidato Kanak-kanak Peringkat Zon,, dijemput adik Muhammad Ajib bin Abdul Raziq dari Sekolah Kebangsaan Kampung Pekan untuk mencabut undi bagi kategori pidato spontan". Juruacara bersuara.
Ketar lutut Ajib. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke atas pentas. Mencabut undi. Dalam bekas yang berisi tajuk-tajuk pilihan. Ajib menghela nafas. Mulutnya kumat kamit. Mohon doa dari yang Esa. Entah apa yang disebut, Ajib tak tahu.Cikgu Rosnahmula memanjangkan leher."Apa budak ni buat? Lama sungguh" rungutnya dalam hati.
Ajib membuka gulungan kertas dalam debar berisi titis keyakinan. Ajib mahu buktikan dia boleh menang.
JIKA AKU SEORANG PERDANA MENTERI.
Terbeliak mata Ajib. Mulutnya terlopong. Diserahkan kertas itu kepada juruacara.
"Baiklah, tua-tuan dan puan-puan sekaliah, peserta terakhir ini akan menyampaikan pidato spontan yang bertajuk JIKA AKU SEORANG PERDANA MENTERI. Masa yang diperuntukkan untuk bersedia ialah 2 minit dari sekarang.
Ajib terpana. Dalam mindanya, terpampang wajah-wajah perdana menteri tanah airku Malaysia. Aduh apa ni? Ajib kebingungan. Sekejap dia tunduk. Membaca tulisan di lantai yang tiada aksara. Mendongak, mungkin ada ilham yang turun. Cikgu Rosnah, mula gelabah. Membela sanggul. Terasa kerusinya hangat.
Loceng dibunyikan. Masa dua minit telah berlalu dan Ajib memulakan bicara. Masa yang diperuntukkan untuknya ialah 90 saat."Terima kasih juruacara majlis, saf para hakim yang menjujung keadilan dan kebenaran, penjaga masa yang wibawa penuh setia,para pendidik pembina aspirasi negara, rakan-rakan seperjuangan,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Dalam arena ini zinkan saya mengungkai kata, memanjang bicara, JIKA AKU SEORANG PERDANA MENTERI!
Menongkah arus globalisasi, memacu era pembangunan negara, pastinya saya sebagai perdana menteri punyai visi dan misi bagi memimpin negara.
Pertama, bagi meningkatkan kualiti dan integriti, saya akan memastikan setiap kalangan menteri saya bebas daripada sebarang isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Saya akan memastikan tiada berlaku ketirisan dan salah guna wang rakyat. Maka negara kita dapat menikmati pembangunan secara telus dan terus. Tiada yang teraniaya dan dipinggirkan.
Kedua, saya aka memastikan pendidikan percuma. Tiada bebanan untuk mahasiswa. Maka mereka dapat meningkatkan lagi penguasaan ilmu ke tahap yang lebih tiggi. Dengan memiliki ilmu yang tinggi, mereka dapat membantu negara mencapai cita-cita dan seterusnya menjadikan negara kita maju. Siapa lagi kalau bukan mereka yang akan mewarisi negara ini. Ruang untuk ahasiswa bersuara juga akan dibuka.
Ketiga, jika saya sebagai perdana menteri. Saya akan memastikan, demokrasi yang dijalankan adalah telus. Ruang bersuara adalah berlandaskan demokrasi. Pilihanraya pula adalah...errr... dijamin tiada penyelewengan. Badan pilihanraya adalah bersih, Ya bersih satu, dua dan tiga!
Dan yang pasti Islam sebagai ad-din. Cara hidup kita. Bagi yang bukan Islam, segala kepentingan mereka akan dipelihara.
Pastikan anda bersama saya, Muhammad Ajib bin bin Abdul Raziq. Bila? Bila anda memilih saya!"
Ting, ting. Loceng dibunyikan.
Tepukan gemuruh diberikan. Cikgu Rosnah ternganga.
Tuesday, April 17, 2012
Rasa

Wednesday, March 14, 2012
Dari Tinta Rabb

“Maaf terlewat sampai. Jalan sibuk ke sini tadi.”bicara Mutmainah
“Tak mengapa ustazah. Alisa dan Amirul ada di dalam. Dari petang tadi menunggu ustazah.” Balas Mak Ton.
Sejak kali pertama bertandang ke rumah itu, belum pernah Mutmainah kenal ibu pada Alisa dan Amirul. Apatah lagi bapa mereka. Dan Sejak kali pertama melangkah masuk ke rumah baga mahligai. Sungguh dia belum pernahmerasai nikmat hidup di dunia. Oh dunia!
Kelibat anak kecil itu bingkas menerpa lamunannya yang sekadar singgah sebentar. Dari lamunan itu, tersingkap tabir penuh persoalan. Mana orang tua budak-budak ini. Berminggu sudah dia ke rumah besar itu, sayangnya belum pernah mereka bersua muka. Kata Mak Ton, tuan sibuk. Berselang minggu, tuan sibuk lagi. Minggu ini mahu sahaja Mutmainah bertemu dengan mereka. Sengaja menguji skema jawapan. Tuan sibuk lagi? Lamunan terhenti lagi. Kelibat budak menghampirinya.
Kelibat anak kecil itu Amirul. Budak kecil lima tahun. Kakaknya Alisa. Dalam khayal Mutmainah lantas disergah. Alisa memeluknya.
“Ustazah…”
“Ye sayang, mengapa muram saja?”
“ Ustazah lambat sampai”
“Ustazah dah sampai kan”. Mutmainah memujuk.
Amirul memeluk erat buku iqra. Terpusing-pusing. Mencari tapak melabuhkan punggung. Anak kecil itu duduk bersila. Kini bacaannya makin lancar. Begitu juga dengan Alisa, makin rajin membaca muqadam. Mahu cepat habis. Mahu baca al-Quran pula. Mahu khatam.Mahu hafal al-Quran. Macam ustazah. Itu kata Mak Ton. Mak Ton juga bilang, anak-anak kecil itu sudah tak macam dulu. tak buas-buas lagi. Mereka mahu jadi budak baik. Mahu jadi seperti ustazah. Kata mereka ustazah orang baik.
Alisa membuka helaian Muqaddam dibaca surah yang ditandanya. Surah Al Qiyamah. Dibacanya
Bismillahirrahmannirrahim…
Laaa uq simu bi yaumil qiyamah..
Namun sayang cuma hingga ayat yang ke 11. Pantas titis-titis jernih menuruni pipi gebu anak kecil itu.
“Ustazah… Saya takut..”
Terkesima Mutmainah. Bagai disambar halilintar. Jantungnya berdebar. Mengapa dengan Alisa?
Amirul mendapatkan kakaknya. Memeluk erat. Memujuk untuk tidak lagi menangis. Nyata Mutmainah tergamam. Tidak pernah dia merasaka penangan sehebat ini. Penangan dari seorang anak kecil yang cukup-cukup mengerti. Mutmainah memeluk erat kedua-dua anak itu. Pintas hatinya berdoa.
“Ya Allah, peliharalah akan kedua-dua anak ini. Peliharalah akan diri mereka di dunia dan akhirat.”
Mutmainah menahan sebak. Mahu juga dia menangis. Anak sekecil itu bisa mengerti. Akan dahsyatnya hari kebangkitan. Sedang dia tidak langsung menafsirkannya. Apa keajaiban pada anak kecil ini.
Mak Ton? Di mana?
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Dan bulan hilang cahayanya,
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
Surah al Qiyamah, ayat 1-11

