Tuesday, April 17, 2012

Rasa


Dalam diam, sekadar menunggu. Kapan akan terbukanya mata itu kembali? Mahu dikejutkan dari lena, tapi hati terus berkata. Sepatah kata monolog bicara. Biarkan!

Dia mahu mahu berehat. Semalam dan kelmarin yang berlalu. Sayu hati bila melihat dirinya menahan sakit. Jarum yang ditusuk ke tangannya sungguh memeritkan. Ya Allah. Sungguh diri ini turut terasa. Bersabarlah..

Izinkan batang tubuh ini bersandar pada kerusi besar. Kipas siling yang berpusing. Anginnya mendamaikan. Segenap ruang wad itu cuma diisi suara-suara bicara jururawat bertugas. Bagai hilang lenguh yang mencengkam. Lancar kembali darah mengalir memenuhi salur. Oksigen memusu ke puncak otak. Sepasang mata memerhati akan dia. Biarkan dia tidur.

Sungguh ini satu ujian bersama. Aturan dari Yang Esa. Jangan ditanya apa ini satu duga atau mainan jiwa. Fahami erti aturanNya. Jangan sekali putus harap dengan doa.
Pernah jiwa ini berjanji akan menjaga dia. Dan akan berusaha sedaya upaya. Takkan mahu lihat dirinya luka duka. Tiada apa yang lebih bahagia. Tapi ini semua aturanNya.

Biar letih batang tubuh ini. Hidup ini pengorbanan. Mudah bibir membuka dan mengizinkan lidah meletak kata tapi bukan mudah untuk kudrat merelakannya. Dari Dia yang mengutus rasa. Hebat mana seorang panglima yang mampu memacu kuda, menghayun pedang mencantas dan memanggal musuhnya, namun tetap layu juga bilamana hatinya disentuh. Meski hebat dan tingginya seorang raja yang padanya kuasa dan kirinya harta, namun tetap akan tunduk bilamana didepannya cinta. Kerana hati itu hidup dan membisikkan kata. Kental mana jua jiwa, tapi tetap akan luluh sebab jiwa itu ada perasaan. Nurani itu tidak mati.

Menongkat dagu menunggu. Mata yang pejam itu perlahan celik. Sepasang tangan yang tadi diam menjengah wajah comel. Menggesek mata. Titis jernih terbit.
Hanya senyuman terukir. Tiada apa yang lebih indah. Moga Allah makbulkan impian kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...