Sunday, December 26, 2010

Senarai 10 Orang Terkaya Malaysia.


1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion


2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion


3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion


4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion


5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion


6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion


7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion


8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion


9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion

10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion

Wah..kaya, sungguh kaya!  Tahniah! Teruskan menyumbang untuk pendapatan negara. Paparan ini sekadar 10 yang terkaya di Malaysia. Mungkin sudah berlaku perubahan pada kedudukan ini. 

Sekali pandang, di antara 10 individu terkaya ini, hanya seorang sahaja yang Islam dan berbangsa Melayu. Alhamdulillah. Hakikatnya terdapat juga, individu muslim lain yang turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia. 

Satu persoalan yang timbul, orang Melayu Islam ramai di Malaysia, tapi tidak dapat menguasai ekonomi di negara sendiri. Mengapa kita tewas? Atau berfikir tak perlu kaya sangat?

Saya pernah mendengar satu kuliah agama yang disampaikan oleh seorang pendakwah terkenal, Al-Fadhil Ustaz Badlishah Alauddin, (Pegawai Agama Islam Daerah Temerloh,Pahang. Beliau sering menjadi panelis untuk al-Kulliyah). Tak salah kita kaya. Tak salah orang Islam menjadi kaya. Apa yang penting kekayaan itu memberi manfaat kepada sesama muslim. Sahabat nabi ramai yang kaya. Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah dan ramai lagi. Sebab itu Islam cukup disegani.

Alhamdulillah, Tan Sri Mokhtar al-Bukhari tersenarai antara 10 individu ini. Muslim yang patut dicontohi. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Cukupbercakaran sesama agama dan bangsa. Kita perlukan lebih ramai individu seperti Tan Sri Mokhtar al-Bukhari. Bukan sekadar memenuhkan kedudukan individu terkaya, tetapi membantu sesama Muslim itu sendiri. 

Pernah saya terdengar, pesan Allahyarham Tun Razak, 5 siapa yang punya, mereka yang berkuasa dalam memerintah sesebuah negara

1. Siapa yang RAMAI
2. Siapa yang PANDAI
3. Siapa yang KAYA
4. Siapa yang MENDOMINASI POLITIK
5. Siapa yang MENDOMINASI KETENTERAAN

 

Thursday, December 23, 2010

saudagar TALI unta!


Ini bukan cerita P.Ramlee...Maaf~

Ini kisah Abdul Rahman bin Auf.  Kisah penghijrahannya ke Madinah. Menarik!

Setelah dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan Saad Al-Ansari, ditawarkan oleh Saad pelbagai macamm perkara. Sebut sahaja. Rumah, harta, sehinggalah isteri sanggup diserahkan sekiranya saudaranya dari Makkah itu berkehendakkan akan ia. Abdul Rahman menolak. Tetapi apa yang diminta adalah sedikit modal untuk berniaga. Saad memberikan modal dan mengganggapnya sebagai sedekah. Abdul Rahman menolak, sedekah sebaliknya berjanji akan menggantikan wang tersebut. Bagi Abdul Rahman, tidak sepatutnya dia menerima sedekah pemberian Saad.

Abdul Rahman memulakan perniagaan di pasar Madinah. Pasar-pasar di Madinah dikuasai oleh Yahudi. Untuk menguasai Madinah, kuasa ekonomi juga amat perlu. Abdul Rahman memulakan perniagaan di Madinah berbekalkan modal yang diberikan oleh Saad al-Ansari. Abdul Rahman membeli unta dengan modal yang diberikan. Kemudian menjualnya semula dengan harga yang sama.. Begitulah keadaannya. Beli unta dan jual semula. Kemudian beli unta lain, kemudian jual unta, beli. Jual, beli, jual, beli, jual, beli, jual  dan...

Dan akhirnya Abdul Rahman bin Auf menjadi jutawan di Madinah. Bagaimana? Sedangkan jika dilihat, beliau langsung tidak mendapat untung?

Hakikatnya, untung yang diperoleh oleh sahabat Rasululullah ini letaknya pada tali unta tersebut.

Mengapa tali?

Setelah membeli unta, Abdul Rahman mengambil tali pada unta. Tali tersebut disimpan. Kemudian dia menjual unta itu dan membeli unta lain. Setiap unta yang dibeli, diambil talinya. Sehingga banyak tali yang dimiliki oleh Abdul Rahman bin Auf. Malah, Madinah menghadapi masalah kekurangan bekalan tali unta! Hal ini menyebabkan saudagar-saudagar unta memerlukan tali. Tali unta amat penting, kegunaannya untuk menambat unta, seperti brek! Tali-tali unta tersebut dijual oleh Abdul Rahman bin Auf. Strategi perniagaan ini cukup bijak sehingga dapat menggugat ekonomi Yahudi ketika itu. 

Jutawan Makkah, saudagar ternama sebelumnya, Abdul Rahman bin Auf mengukuhkan ekonomi umat Islam di Madinah, hanya dengan menjual tali unta...saudagar TALI unta!

Thursday, December 16, 2010

Main dan ...

Sinar Harian Edisi Pahang, 15 Disember 2010

Main adalah sesuatu yang menyeronokkan. Main adalah simbolik, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik.(Fromberg)

Main dapat digolongkan mengikut fungsinya, iaitu main sebagai satu kemajuan, main sebagai kuas, main sebagi fantasi dan main sebagai main.(Brian Sutton-Smith dalam Pellegrini 1995).

Bermain merupakan proses kanak-kanak belajar. Kaedah bagaimana kanak-kanak menerima satu pengetahuan dan menjadikannya sebagai pengalaman. Bermain membolehkan kebolehan kanak-kanak diperkembangkan.

Integrasi antara pembelajaran bilik darjah dengan aktiviti luar juga amat baik. Membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh di dalam kelas. Adakah dalam pada masa yang sama, ambil kesempatan?
Mungkin remaja ini mengaplikasikan pengetahuannya. Cuba memahami topik Reproduction dalam Subjek Sains PMR. Mungkin juga ulangkaji?

Episod 2 Parlimen Rimba, Pantun si monyet



Terkejut monyet tidak terkira,
Disangka guruh langit nak runtuh,
Rupanya Belang mengaum bersuara,
Wahai kawan mengapa riuh?

Belang, tersenyum sinis. Membeli pantun.

Pohon tualang pohon bidara,
Ditengah-tengah pohon pulasan,
Sekali sekali aku bersuara,
Bukan salah hilangkan bosan.

Monki menyusun kata.

Ayam serama terkejut melatah,
Disakat itik ditepi pagar.
Bukan hamba mengata salah,
Terkejut seisi rimba mendengar.

Belang termenung, lalu tersenyum.

Sudah mahu katakan mahu,
Jangan sekali dibuat lupa,
Biar seisi alam yang tahu,
Akulah Belang si raja rimba

Monki terkedu. 

Kembang melati hinggapnya lebah,
Melati putih dicelah seroja,
Tiada siapa mengangkat sembah,
Takhta yang mana tuanku beraja?

Tercabar. Cukup tercabar. Berdesing telinga mendengar, balas Monki itu. Tajam pandangan Belang memandang Monki. Tak senang Monki dipandang begitu, bimbang putus nyawanya. Mahu diterkam monyet itu. Monyet itu cukup pandai berkata-kata. Suka berhujah. Suka berdalih. Dasar binatang pemalas. Antara kaum kerabatnya, monyetlah yang paling pemalas. Monki juga begitu. Beruk, kera , monyet. Mereka semua satu keluarga. Ada juga bezanya. Beruk badannya besar, kera dan monyet kecil. Ekornya juga pendek. Bulu beruk jarang-jarang. Bulu monyet macam bulu kucing. Halus. Monyet dan kera lebih kurang sahaja. Bezanya pada ekor, ekor kera panjang dan lurus. Sama lurus dari hujung sampailah ke pangkal. Tapi, ekor monyet penjang mengecil macam ekor cicak. Kera boleh diajar. Begitu juga beruk. Tapi monyet pemalas. Langsung tidak boleh disuruh. Beruk jika digunakan oleh manusia untuk memetik kelapa. Kera memetik petai. Monyet? Memetik bintang.Bukan bintang, tapi tahi bintang. Sebab itulah monyet pemalas.Mungkin kelebihan untuknya.Kelebihan untuk mereka yang abanyak berdalih.Begitulah kata pepatah, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Belang juga bijak berhujah. Berkias membalas pantun.

Bisa bukan sebarang bisa,
Bisa membunuh si ular senduk,
Sungguh aku paling berkuasa,
Semuanya takut rimba ku takluk.


Agak gentar Monki. Manakan tidak berbisa kata Belangg. Benar banyak haiwan yang takut. Bimbang dibaham, kalau-kalau Belang mengamuk. Pendek usianya. Monki memujuk.

Jangan tedung bermain bisa,
Kelak nanti membawa padah,
Sungguh tuan gagah perkasa,
hamba nan hina menjunjung titah. 

"Ha ha ha," Belang tergelak puas.

"Khabarkan Monki, ke seluruh isi rimba ini akulah ketua kepada mereka semua. Kiranya akulah raja. Barang siapa yang ingkar akan aku musnahkan habis-habisan. Engakau akan menjadi orang kanan aku." Titah Belang.

Monki tersenyum. Jawatan untuknya. Dia bakal berpengaruh. Biarlah Belang menabalkan dirinya sebagai raja. Dia tidak peduli. Mudahnya Belang mengangkat diri. Monki menurut perintah. Dipanjatnya dahan pohon cengal. Melompat dari dahan ke dahan. Membawa perintah ketua. Membawa titah belang si raja rimba.

bersambung...

Wednesday, December 15, 2010

Makna tersirat, fikirkan~ P.Ramlee.Mengagumkan!


Pernah saya menghadirkan diri ke satu seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada Ogos 2009. Bertempat di Dewan Besar IKIM ketika itu, Forum Genarasi Y Ke Arah Kejayaan. Generasi Y, adalah generasi mutakhir kini. Generasi milenium!

Antara slot yang paling menarik pada hemat saya ialah ketika pembentangan yang disampaikan oleh Datuk Aziz Sattar. Seniman yang cukup terkenal hari ini. Kenapa P.Ramlee Berjaya? Itulah persoalan yang dirungkaikan oleh beliau. Dan audiens yang menjadi tumpuan adalah kami, Generasi Y.

Sebut sahaja namanya, agak sukar rakyat Malaysia untuk mengatakan,"eh, siapa?", ataupun "tak kenal la". Namanya tersohor. Cukup terkenal. Hatta, seisi rantau nusantara ini mengenalinya. Namanya cukup terkenal di Singapura. Brunei juga, tak lupa Indonesia. Oleh sebab itu, Pertandingan Bintang P.Ramlee 2010, turut disertai oleh peserta dari rantau nusantara ini.

Kembali semula, Kenapa P.Ramlee berjaya? Menurut Pak Aziz Sattar, P.Ramlee orangnya cukup hebat. Kata-kata orang tuanya dijadikan panduan.Meskipun mereka tidak berpelajaran tinggi, itulah kata-kata hikmah yang menjadikan beliau orang yang hebat, berguna sehingga beliau berjaya dalam karier seninya.

Seni sebati dengannya. Meskipun hidup keluarganya susah, juga kekurangan , bapanya sedaya upaya mendapatkan sebuah biola( masih disimpan di Pustaka Peringatan P.Ramlee).Biola hadiah dari bapanya dijadikan inspirasi untuk menterjemah bakat yang dimilikinya. Ilmu muzik dipelajari oleh P.Ramlee dari seorang tokoh muzik dari Pancaragam Polis Pulau Pinang. Dari situ, muncul lagu bertajuk "Azizah".Kemudian, beliau mendapat tawaran di Studio Malay Film Production, Jalan Ampas. Ke pentas Bangsawan kemudian kembali semula ke Jalan Ampas. Filem dan lagu-lagunya bertambah maju. 

Perjalanan seninya, menghasilkan sesuatu yang amat bermakna. Setiap apa yang disampaikan ada kesan dan mesej yang tersendiri. Sekadar contoh yang ingin saya ambil, dari filem Seniman Bujang Lapok. Ketika Ramlee, Ajis dan Sudin mula-mula pergi ke Studio Jalan Ampas. Waktu itu Sudin bertanya kepada jaga(pengawal keselamatan berbangsa Sikh).

"Oii, sini wayang gmabar pusing ka?Ooo...lu pon tersampuk ka?"...Berjalan meninggalkan jaga.

"Eh, sudahlah, mari kita baliklah. Ini diorang semua banyak anginlah."

"Nama saja orang Melayu, sikit adab pon tak tau. Orang ada ka panggil, hoi, hoi,hoi. Saya ni apa ka? Batu ka? Kayu ka?" 

"Alamak, benggali tu bahasakan kite la!"Tersentak Sudin.

"Memang betul dia cakap. Engkau tu mana ada bahasa. Panggil orang hoi, hoi, hoi... Bahasa menunjukkan bangsa tau!" Pintas Ramlee.

Nampak bersahaja bukan? Tapi disitulah letaknya pengajaran. Bukan sahaja erti sopan santun kemelayuan itu sendiri, tapi adab Islam yang saling menghormati. 

Begitulah P.Ramlee. Bukan seni semata-mata yang dipandang. Malah mendidik bangsa sendiri menjadi tanggungjawab. Cuma diterjemahkan dalam seni. Begitu juga, apa yang ingin disampaikan melalui Filem Semerah Padi. Tanggungjawab mengangkat hukum Islam itu sendiri. P.Ramlee mahu kita berfikir. Lagi? banyak lagi. Pelbagai mesej yang ingin disampaikan.

Lagu-lagunya bukan hiburan kosong. Lagu-lagunya memartabatkan bahasa Melayu sendiri. Lagu disusun melodi yang medamaikan. Penuh erti dan cukup bermakna. Rangkap pantun yang tersusun, sehingga hari ini jadi hiburan dan nyanyian. Terutama tatkala menjelang kenduri kendara, meraikan majlis perkahwinan. Lagu gubahannya, Selamat Pengantin Baru, dan Pukul lah tabuh. 

Sekadar meminjam kata P.Ramlee, dalam Filem Semerah Padi.

"Biar busuk daging ku mamah, asal kau terhidar cemar"

Makna tersirat, fikirkan~ P.Ramlee.Mengagumkan!

Tuesday, December 14, 2010

Buah perah, Mitos dan Asam Rong!


Ini cerita dongeng. Mitos semata-mata. Belum tahu betul atau tidak. Dari cerita mulut ke mulut. Cerita sampai menyampai. Cerita di suatu tempat. Kenapa di Ulu Dong, Raub, Pahang tiada pokok perah. 

Tatang, orang asli. Ada seorang isteri, namanya Tating. Mereka punya seorang anak. Di situ, di Bukit Raya, anak Si Tatang dan Tating ini termakan buah perah tersebut. Buah perah jika tersalah caranya beracun. Akhirnya membawa maut. Anak Si Tatang dan Tating mati.

Tatang marah. Dia mengamuk. Habis dicabut semua pokok perah di bukit Raya. Tiada satu yang tinggal. Ditemukan penawar racun itu. Bunga Kantan. Sebab itulah susah untuk ditemukan pokok perah sepanjang hutan bukit Raya dekat Ulu Dong ini. Namun pokok kantan mudah sahaja tumbuh. Sekadar mitos.

-Buah perah gunanya untuk dibuat asam rong. Bukan asam pedas. Berbeza. Sajian tradisi di Pahang. Terkenal sungguh di Raub.

Episod 1: Parlimen Rimba


Apabila semuanya akur pada perintah, tiap-tiap hukum dan ketetapan, itulah kehidupan buat mereka. Kehidupan yang memenuhi suratan alam. Segala yang ditetapkan oleh pencipta, segalanya berlaku mengikut peraturan. Tiada satu yang tidak terkecuali. Dari sekecil-kecil pasir hinggalah sebesar-besar pohon tualang yang tinggi. Pencipta tidak pernah lupa dan lalai mengaturkannya. Rimba yang luas itu, jadi tempat bergantungnya harapan. Hidupan yang bernawa untuk terus hidup. Begitulah kejadian alam. Hambanya sekadar melihat dengan mata, tetapi bukan dengan mata hati. Yang kuat akan terus bertahan. Sedang yang lemah akan punah, menjadi mangsa. Menjadi santapan dan habuan. Itulah hakikat hidupan bagi mereka. Itulah kehidupan disebalik undang-undang rimba.

Undang-undang diwujudkan untuk dipatuhi. Harapannya tidak berlaku sebarang kekacauan. Undang-undang rimba bukan untuk kroni. Tapi bukti kekuatan mereka yang berkuasa. Merekalah pemangsa. Merekalah yang memegang kuasa. Di rimba itu karnivor dan omnivor mencari kuasa. Mengangkat diri menjadi raja. Menjadi pemimpin rimba. Menguasai seisi rimba bererti, lurah dan bukit, sehinggalah pinggir pantai nun

di sana adalah miliknya. Mungkin juga seisi pulau itu ditadbir dengan gah. Mewujudkan satu kerajaan yang berupaya memerintah. Segala hidupan pasti akan akur terhadap setiap perintah. Melahirkan ketaatan yang tak berbelah bahagi. Itu impian mereka. Kuasa-kuasa pemangsa rimba. Sedang yang menjadi mangsa, akan selama-lamanya menjadi mangsa. Terus akur dengan kehidupan. Puak-puak herbivor ini redha dengan suratan alam. Meski pernah mencemuh diri mereka, bahawasanya celaka menjadi makhluk lemah. Namun mereka tahu, Tuhan itu berkuasa ke atas setiap makhluk. Mereka meneruskan kehidupan. Tidak berdaya juga menentang mereka yang punya kuasa itu.

Inilah masa membuktikan dia berkuasa. Belang mahu kaumnya diangkat menjadi terhormat. Menjadi penguasa penuh berkuasa. Bukan sekadar pemangsa. Mahu segala titahnya menjadi ketetapan. Segala arahannya dipatuhi. Membina empayar tersendiri. Pesan orang tuanya tak pernah dilupa. Mesti bangga dengan kekuatan. Jangan undur sedikitpun menentang musuh. Pada mereka ciri pahlawan! Mereka bangga dengan kekuatan yang ada. Di pulau itu, kerabatnya tidak ramai. Itu hakikat pahlawan. Pasti ramai yang tumbang. Khabarnya kerabatnya kian pupus. Diburu manusia. Diri mereka sangat berguna. Mereka juga mangsa meskipun mereka pemangsa di situ. Belang mengeluh sendirian. Mengenangkan nasib. Tapi, obor cita-citanya tak pernah padam Dia yakin dapat berkuasa. Pengaruh dan kekuatannya mampu membentuk pemerintahan yang tersendiri. Belang yakin dengan tiap apa yang dimilikinya. Tubuhnya yang degap. Lagaknya penuh keyakina. Renungan mata yang tajam membuatkan tiada haiwan yang mahu bertentang mata dengannya. Auuuummmm! Belang memecah kebuntuan.

Semacam dirasuk hantu monyet-monyet mendengar ngauman Belang. Terjerit-jerit, menyelamatkan diri. Bimbang dibaham harimau itu. Semacam suatu bencana mendengar ngauman Belang. Dari dahan ke dahan Monki bergayut. Rakan-rakannya ketakutan. Dengar ngauman belang semuanya kecut perut. Monki beranikan diri. Monyet muda yang baru hendak matang. Dari atas pokok Monki bersuara.
 Bersambung...


Monday, December 13, 2010

Gemakan Takbir Seisi Alam,Pasti Bangkit Jiwa Menggegar Suram!



1511 H[KOMBAT]-Faisal Tehrani 

Belajar dari situ anak muda! Pasti dihembus buatmu roh jihad. Juang menentang. Kita tak pasti masa depan. Kisahnya bukan kisah biasa. Antara cinta manusiawi semata. Tapi cinta kepada pemilik langit dan bumi. Emrullah dan Zinnera, cinta suami dan isteri yang mendambakan syurga. Harapan Hajah Nusaybah, Bilal Kaya, Salim Badar, Syed Habib dan Muhammad Ameen. Kembalikan kekuatan itu supaya takbir menggegarkan alam. Wallahualam~


Antara cinta insan dan cinta Rabbnya, mereka sanggup syahid untuk menegakkan kalimah tauhid. Kematian mereka bukan sia-sia. Sebaliknya mereka hidup aman damai disana. Impian syahid. Mungkin akan terjadi dalam kalangan kita. Itu buat yang memahami erti sebenar kehidupan. Sebagaimana Khalid al-Walid yang sentiasa mendambakan syahid, namun sayang rohnya diangkat bukan di medan perang. 

Meniupkan semangat jihad hari ini, amat perlu. Isy azizan, aumut syahidan. Hidup mulia, mati syahid. Itu sahaja pilihan. Buat yang berjuang untuk al-Aqsa, doa kami utuskan! Sebagai ingatan buat di sini, di tanah air penuh keaman, supaya jangan mudah terleka.Ingatan buat diri juga untuk semua.

Gemakan takbir seisi alam,pasti bangkit jiwa menggegar suram!

Bukan pinjaman kata pujangga. Sebaliknya ini hakikat yang nyata. Laung azan saling menyahut, memenuhi seisi alam. Dari Timur langsung kebarat, melangkau tembok sempadan negara, melangkah batas seluruh benua. Itulah panggilan memecah suram. Panggilan menuju kejayaan. Panggilan mengagungkan Tuhan. Yang pasti, sejarah telah membuktikannya! Sebagaimana Muhammad al-Fatih dan tenteranya. Raja yang terbaik dan tentera yang terbaik! menyahut tuntan panggilan menggegar suram itulah kunci kejayaannya. 

Mengisi harapan masa depan dengan kemenangan!Cukuplah penghinaan. Bumi Al-Quds dirobek Israel kejam. Bumi penuh sejarah. Menguasainya bererti menguasai dunia. Lantang Amerika berhati kejam! Zalim Israel berjiwa binatang! Bangsat mereka. Laungkan Takbir...Allahuakbar!

ILMU AMAL BUDI~


Saat itu masih dibangku sekolah menengah, di bumi SEMESTA (Sek. Men. Sains Tg. Abdullah) . Terlupa, sama ada Tingkatan Empat atau Lima. Petang, dalam perpustakaan seperti biasa, menjalankan rutin tugasan. Masih ingat cikgu itu! Ya, beliau mengajar Sains tika menengah rendah. Mungkin waktu itu agak mentah. Tatkala itu dia menyambung pengajiannya di IAB(Institut Aminudin Baki), khabarnya bakal menjadi pengetua.

Pesan cikgu, hidup ini kita perlu memberi sedaya yang mungkin. Hakikat seorang guru begitu. Tidak boleh berkira. Berkorban dan terus berkorban. Tak guna berpangkat tinggi tapi tiada bakti. Biar kita tampak rendah, tapi kita hidup berbudi. Berbudi?

Berbudi kepada masyarakat. Berbudi kepada ummah. Tak perlu berbangga-bangga dengan jawatan. Tak guna jadi itu ini kalau tiada sumbangan. Apa yang pasti hidup ini mesti terus berbakti!

Begitu juga pesan Presiden ALBADAR,(Alumni BADAIS/PPI SEMESTA) , bila hidup kita berilmu, pastikan diamal, seterusnya berbudi!

Sekadar meminjam kata Pak Harfan dalam Filem Laskar Pelangi, 

“Hidup itu memberi sebanyak-banyaknya, bukan meminta sebanyak-banyaknya“.

Sekadar renung, bimbang termenung. Pesan warisan warga SEMESTA, ILMU AMAL BUDI~

Sunday, December 12, 2010

Pentas Jalanan


Di atas pentas itu dia tersenyum. Bicara bertemankan bangku, dan mainan kata-kata, penuh mengasyikkan. Gayanya membuatkan ramai yang terpesona. Ramai yang tersenyum. Ramai yang hilang gusar, gundah gulana. Semuanya terhibur. Baik tua atau muda semua gembira. Hilai tawa, pinggiran jalan. 

Lawaknya penuh isi. Adakala hiburan kosong. Namun ramai tetap menerimanya. Dia penghibur. Meski pentas jalanan di pekan kecil itu, namanya tetap tersohor. Kemunculannya jadi penantian. Siapa sahaja yang ke pekan kecil itu, pasti akan singgah. Hampir semua melemparkan senyuman. Itu kepuasan baginya. Disamping mencari rezeki, kepuasan sebagai penghibur itu yang dicari. Bukan dia sahaja yang jadi penghibur jalanan. Ada juga yang memtik gitar. Sesekali kedengaran lagu keroncong yang mendamaikan. Halwa telenga. Hiburan jalanan. Tapi, personanya penuh keasyikan. Dia langsung tidak pernah menghampakan. Pastinya jiwa-jiwa hampa nan lara merupakan penontonnya. 

Badut Jalanan. Ramai yang mengggelarnya begitu. Biarlah apa yang nak dikata. Baginya tiada apa kesalahan yang dilakukan. Tidak pernah diusik harta orang, tidak pernah dirampas milik sesiapa. Cuma ditagih ihsan. Mungkin atas bakat yang ada, serta nasib yang menyebelahinya, dia terus mencuba. Usaha dan ikhtiar untuk mencuba, pulangannya agak bergaya. Dia dapat hidup sederhana. Mewah, belum rezeki buatnya.

Sebalik senyuman, penuh keriangan,  yang membuatkan ramai yang terpesona, jiwanya derita. Mengapa? Adakala dia terfikir, hidupnya cuma membuatkan orang lain bahagia. Kebahagiaan itu bukan untuknya. Hidupnya hanyalah untuk membahagiakan. Mungkin itu yang menjadikannya tertekan. Namun, kesedihan itu disorong sejau-jauhnya tatkala di atas pentas. Biar tiada siapa yang mengetahui. Cukuplah derita itu baginya.

Tiada bahagia? Dia cuba bertanya diri sendiri disamping mengenang derita. Sekian hidupnya sehingga ke saat itu tiada pernah rasa kebahgiaan sebenar yang dapat dirasa. Tiada pernah dia tersenyum seorang diri kepuasan. Beza senyum tawa atas pentas sana. Pentas itu, pentas sandiwara. Pentas hidupnya bukan begitu. Disingkap segenap ranjau hidupnya tiada pernah gembira. Malang  nasibmu Badut Jalanan.

Hidup tanpa pembelaan. Dia tak kenal kedua orang tuanya. Hidupnya terbiar. Keperluannya tiada sempurna. Usah tanya seolah mahupun madrasah. Tidak pernah kakinya ke sana. Hidup dengan datuk yang punya seribu kesusahan. Di kampung kecil yang jauh dari pekan. Nun di  hulu sana. Mujur selalu dia ke surau. Di situ dia belajar mengaji. Kenal apa itu huruf alif, ba, ta sampai huruf ya. Belajar sembahyang. Dari niat, takbir sampai salam. Rukun yang patut. Datuk juga ada memberitahunya sedikit. Cukup buat panduan hidup. Moga tidak sesat. 

Derita kian bertambah setelah orang tua itu tiada lagi. Tiada tempat bergantung. Tanah sekangkang kera. Nyiur sepohon. Itu sahaja hartanya. Harta ibu atau bapa, langsung tiada. Pusakanya, cuma derita. Hidup mengharap belas ehsan. Dari rumah ke rumah dia menjengah. Ditanya sama ada punya kerja untuk diusaha. Sanggup saha dilakukan. Biarlah mencabut rumput di halaman, mengambil air di perigi lalu dikandar langsung ke rumah, mahupun segalanya, dia tetap berusaha. Baginya rezeki yang halal itu kewajipan. Haram diambil hak orang lain. Cukup itu sahaja yang yang dipegangnya. 

Sakit demam tiada siapa yang hirau. Dia membawa diri pergi ke pekan. Di situ dia kenal pentas yang kini tempatnya dia berdiri. Syukur, kehidupannya berubah. Namun bukan segalanya. Pernah bahagia itu hampir singgah. Namun, kebahagian itu palsu sebenarnya. Terus dia melupakan segalanya.

Siapa sangka kebahagiaan yang hampir singgah itu cinta. Nama yang hampir memenangi hatinya. Tatkala dia sudah dikenali ramai. Pasti ada yang memujanya. Menjadikannya sebagai idola. Noorzubaidah namanya. Noorzubaidah yang mendekatinya. Membuatkan dia terpesona. Manakan hati tak terpaut, manakan jiwa tak sangkut. Sinar wajah yang penuh pesona, lirik mata yang memukau membuatkan dia keluh kesah. Pernah dulu, selesai sandiwara di atas pentas jalann, menghiburkan penonton yang berkunjung, Noorzubaidah datang hampir. Mengucapkan salam perkenalan, mengutuskan rasa kagum padanya.Pada mula dia sekadar senyum, mengucapkan penghargaan. Namun segalanya berubah menghadirkan cinta yang berbuah.

Tiap minggu, tatkala dia di pentas itu, pasti dicari wajah Nooraubaidah. Wajah itu seakan-akan cahaya buatnya. Tak mampu dipandang, mahu ditentang mata, hatinya gugup. Mahu saja tercabut kepala lutut. Dari situ, mereka kerap berjumpa. Membawa bibit cinta, mengalirkan rasa sayang, menzahirkan kata, melafazkan apa yang ingin diucap.

Perasaan itu lantas disentap. Noorzubaidah bukan selayaknya untuknya, dan dia bukan layak miliki Noorzubaidah. Siapa dia di mata Noorzubaidah?... Norzubaidah, dari keluarga berada, bapanya punya gedung besar, hartawan terkemuka. Ibunya juga kalangan orang berharta. Dia sekadar penghibur jalanan. Mana layak puteri bertemankan insan hina sepertinya. 

Bergenang air mata mengenangkan nasib. Bahagia? Biarlah kekal jadi sandiwara. Di atas pentas itu bahagia buatnya. Biarlah terus menangis dalam tawa. Mungkin, dia hadir untuk membahagiakan dan bukan merasa apa itu kebahagiaan. Bagi Noorzubaidah, biarlah dia kekal sebagai insan yang sekadar singgah di mata, kerdip mata, berlalu pergi. Hadir tatkala celik, mati di dalam hati.

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H

Hijrah Satu Perjuangan
Hadith : 
Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya.” 
  
(Muslim) 


  
  Huraian
Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam. Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218) Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100) Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)

sumber http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

Friday, December 3, 2010

Kepada Anak Derhaka: Lari Dari Rumah.


Dasar tak kenang budi. Kurang ajar. Tak hormat. Pentingkan diri. Ikutkan nafsu. Jiwa muda konon…Darah muda katakan… Bukan itu caranya. Bukan itu langkahnya. Silap sendiri, protes orang tua. Orang sayangkan dia , sedangkan dia dasar tidak sedar diuntung. Pendek akal, ambil keputusan lari. Lari dari rumah.

Hoi… anak tak sedar diri! Kalau engkau yang membaca, rasakanlah! Kalau engkau jiwa yang memberontak fikirkanlah. Tak mahu berkias cakap, berlapik kata sebab, kias cakap, lapik kata untuk orang yang mahu berfikir panjang. Orang Melayu berkias kata sebab memang Melayu itu beradab lagi beradat, bertunjangkan syariat. Sedang kau… adab biadap, adat tak lekat, syariat kau sekat. Kau memang kurang ajar. Dihantar kau ke sekolah biar tahu ilmu. Tahu itu tulis baca. Tahu apa sifir kira. Tapi kau. Kecil kau ditatang, besar kau menentang. Dasar tak sedar diuntung. 

Besar kepala, kepala batu…itu buat kau anak kurang ajar! Tak tahu mengapa, semakin hari banyak cerita yang tak manis didengar. Ya, berita anak lari dari rumah. Cukup memeningkan kepala. Tidakkah kau berfikir betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu yang melahirkan engkau. Titik peluh bapa yang memberi sesuap nasi kepada engkau agar tidak terus berlapar, sedang kau derhaka. Setiap langkah meninggalkan rumah bukti nafsu amarahmu yang memuncak. 

Tepu sudah telinga mendengar alasan, bicara lari dari rumah kerana kurang kasih sayang. Kurang bimbingan agama. Masalah keluarga serta kesempitan hidup. Tapi kali ini tumpukan pada diri anak remaja itu sendiri. Waktu ini semangat yang penuh kobar diiring nafsu yang memuncak memungkinkan segalanya terjadi. Memungkinkan kebarangkalian sesuatu yang buruk terjadi. Siapa sangka. Anak muda sukar dijangka. Hati yang keras. Dibisik lagi hasutan syaitan untuk terus derhaka.

Selagi terus derhaka, takkan dihidu olehmu wangian syurga. Tiada pintu yang terbuka untukmu masuk ke dalamnya. Sebab engkau derhaka. Engkau membiarkan dirimu terus leka dengan tuntutan diri yang belum pasti. Sedang hati kedua orang tuamu memikirkan akan untung nasibmu. Punya peluang bahagia atau celaka. Egomu memuncak menggila. Mereka punya pengalaman seribu kali darimu. Sedangkan, dirimu baru sahaja mengenal dunia. Belasan tahun menjadi manusia, belum tentu berjiwa manusia.Mereka bimbang celaka menantimu di hadapan sana. Benar, malang tidak berbau. Tapi, kalau tiket malang yang kau tempah dengan langkah amarah pasti bala bencana menimpa.

Bimbang pulangmu semula ke rumah membawa celaka. Sesalmu pasti menggila. Terasa diri tiada maruah. Yang dara hilang daranya, mengusung perut membusung. Yang teruna tiada berguna, terhegeh-hegeh jadi penagih. Cukuplah…Moga kau sedar! 

Tuesday, November 30, 2010

Aku Lelaki



“Kau mesti fikir masak-masak Li, ini semua masa depan kau juga”, Ramana bersungguh-sungguh memujuk sahabatnya.
“Kalau aku tak mahu, tak mahulah”.
“Sampai bila?”
“Sampai bila-bila”.
“Gila. Masa depan sendiri, orang lain yang nak kena paksa. Ni masa depan kau juga. Orang lain sanggup, kau…”
“Kau ape?”Jerkah Li.
“Pengecut! Ha ha ha”Derai tawa Ramana menggamatkan perbualan mereka.
Li sugul. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dia asyik memikirkan nasibnya. Rakan-rakannya yang lain semuanya sudah. Sedang dia yang belum. Hari yang berlalu membuatkan dia makin terhimpit. Perasaannya bercampur baur. Benar cakap sahabatnya, Ramana. Meskipun dia tak menempuh, tapi ada benar cakapnya.
“Kau bolehlah, tak kena macam kami”, bidas Li.
“Dah memang nasib kau” Ramana membalas.
“Dah memang nasib kau, dah memang nasib kau, dah memang nasib kau…”. Terngiang-ngiang ayat tersebut sepanjang langkah disusun menuju ke rumah. 
Dalam usia yang sebegitu muda. Sanggup aku korbankan. Gila, mereka tak fikir semuanya. Aku yang menanggung semuanya.
“Orang lain boleh, kau tak boleh pula. Jangan mengada-ngada. Keputusan ayah muktamad. Cuti ni ayah nak semuanya selesai.” tegas. 
Siapa lagi kalau bukan ayah. Semua anak-anak ayah tak berani membantah. Baik Kak Long, Kak Ngah.Adik-adik apatah lagi. Semuanya menikus. Ayah memang garang. Itu tanggapan Li. Pernah dilibasnya budak Li sampai melolong-lolong. Sebab, Li buat bising dekat masjid semasa khatib membaca khutbah. Trauma, banyak lagi sebab musababnya. Tapi kalau dengan orang lain, ayah cukup baik. 
Li termenung sendirian. Berseorangan di muka pintu. Dilihatnya sekeliling. Sunyi. Ke mana yang lain?
“Li!”
Suara emak memanggilnya. “Cepat-cepat siap. Kita ke hospital.”
Kaget. Di dalam mindanya terbayang hospital yang tidak jauh di Bandar. Terbayang simpang jalan untuk masuk ke hospital. Lamunannya jadi haru bila terbayangkan wajah-wajah penuh sesak di hadapan unit kecemasan dan trauma. Sesekali terimbas, rumah mayat di bahagian belakang hospital. Igauan itu terhenti apabila beliau terbayangkan bilik bedah. Kenapa bilik bedah?
Kedengaran bunyi kereta Proton Iswara 1.35 berwarna putih. Ayah. 
“Cepat Li, mak kau mana?”
“Ke mana yah?”
Tiada jawapan sebaliknya arahan.
“Bagitahu mak, cepat sikit kita ke hospital, emergency!”
Emak lekas-lekas menutup pintu. Melangkah pergi meninggalkan rumah. Kak Long, kak Ngah dan dua adiknya semua di hospital, itu sahaja pesan ayah. Mereka tunggu di sana. Sepanjang perjalanan, semuanya diam. Li jadi bingung. Seolah-olah malang sedang berlaku atau menunggu. Apa celaka menimpanya?Apa bala pula?
 Tepat sepertimanaapa yang dibayangnya. Tapi mengapa kita di bilik bedah?
Semua menanti di sana. Raut wajah biasa-biasa sahaja. Seperti tiada apa-apa.
“Ahmad Fadli bin Abdul Rahim”, jurarawat memanggil.
Li menggigil. Namanya dipanggil. Kini dia faham. Segalanya berakhir. Ayah mengotakan janji. Manakala Li…
Skrin matanya memancar fantasi gila. Sepanjang langkah menuju masuk bilik bedah yang gelap gelita, tergambar imaginasi yang tidak munasabah. Pisau belati, gunting, segala macam alat untuk memotong. Ada yang kata guna pemotong kayu, ketam kayu pun ada. Sebab nak bagi cepat siap. Sepintas lalu Li teringat kata-kata Abang Sidi, “Li, nanti sebelum potong tu bagitahu pada doktor, yang kau nak jadi lelaki. Inilah masanya, kau akan kekal jadi lelaki atau perempuan. Kalau potong habis, tukar namalah lepas ni. Fadli jadi Fadilah. Tak pun jadi Faridah, Fa, Fa... macam-macam Fa yang boleh jadi. Hahahahaha”
Tergelak besar Abang Sidi waktu itu. Li nekad, mesti mengekalkan kelakiannya. Aku lelaki. Inilah masanya, jati diri seorang budak lelaki menuju alam dewasa. Di depannya terbayang wajah-wajah rakan yang acap kali mnegusiknya. Lebih-lebih lagi Ramana. Aku sahut cabaran kau!
“Doktor, saya nak jadi lelaki. Jangan potong habis ya”, pinta Li.
Tersenyum Dr. Zainal memandang anak kecil itu.
“Ish, tak penah orang masuk jawi jadi perempuan”, jelas Dr. Zainal.
Li merebahkan badan. Beberapa mata tertumpu ke arahnya. Li diam. Dalam dadanya penuh debar. Tiada apa mampu diucap. Sekadar mengucap, disusul Surah Al-Fatihah, tiga qul dan ayat kursiy. Debarannya membuatkan ayat yang dibaca bersimpang siur jadinya.  
 Saaaaakiiiiiittt!!!!!
Jeritan yang memecah kesunyian bilik bedah. Sayup-sayup suara Li kedengaran. Ayah menggeleng kepala. Maknya tersenyum. Anak-anak ayah yang lain cuba menahan tawa. 
Li keluar. Melangkah kengkang. Menahan pedih. Tangannya memegang hujung kain. Semua tersenyum. Li masih lagi Ahmad Fadli bin Abdul Rahim. Seorang lelaki!
 


Saturday, November 6, 2010

PERHATIAN BUAT MUSLIMAT!

Hari Ini Untuk Esok dan Seterusnya

Untuk mendambakan impian hari esok menjadi kenyataan, kita perlukan hari ini untuk merangkanya. Melihat semalam sebagai sejarah, dan melaksanakannya dengan memandang 1000 tahun ke hadapan!


Impian bukan angan-angan kosong. Impian juga cita-cita. Hal inilah yang mendorong minda bervisi dan bermisi untuk memastikan sesuatu hasrat tercapai. Mana mungkin anak muda hari ini tidak punya sebarang keinginan untuk mendapat sesuatu. Jika tiada, maka sesuatu kerugian yang teramat besar kerana gagal merancang matlamat kehidupan. Hari ini kita yang akan mencorakkan matlamat dan gagasan hari-hari yang akan mendatang. Seorang arkitek pastinya melukis sebuah pelan bangunan yang gah berdiri teguh. Jurutera adalah pelaksana dan pekerja akan saling berganding bahu menjayakannya.

Di mana posisi kita? Baik anda mahupun saya kita pasti akan memenuhi posisi-posisi tersebut. Mahu tidak mahu.Mungkin arkitek atau jurutera. Tapi yang pasti ramai akan menjadi pekerja.

Kita ke arah membina negara yang kini sedang membangun. Hasrat kita melihat negara ini akan menjadi maju bukan sahaja dari aspek fizikal iaitu pembangunan lahiriah, tetapi membangunkan mental dan pemikiran masyarakat mendatang. Pendek kata kita mendidik jiwa dan minda. Kejayaan sesutu tamadun bukan sahaja terletak pada pembangunan lahirah semata-mata. Tetapi aspek pembangunan mentaliti dan rohani perlu dijayakan bersama. Sejarawan barat pastinya mengutamakan pembangunan lahiriah sebagai matlamat ketamadunan. Meskipun ada yang bertentangan pendapat dengannya. Sebagai komuniti Islam, kita perlu mementingkan aspek pembangunan mentaliti dan rohani dalam usaha membangunkan tamadun hari ini.

Ambil pengajaran kaum terdahulu. Mereka bejaya membangunkan satu empayar hebat yang berteraskan kecanggihan teknologi. Buktinya kesan monumen dan artifak yang bisa dilihat sehingga hari ini. Akan tetapi, kegagalan membangunkan pendidikan rohani yang membentuk masyarakat yang harmoni mental dan spiritual mematikan tamadun tersebut. Mereka takjub dan ingkar. Enggan patuh dengan perintah Yang Esa balasannya binasa.

Hari ini, skripnya seolah-olah berulang kembali. Kebejatan sosial melanda umat hari ini. Tidak pasti dialognya, akan tetapi sudah dapat dilihat penceritaannya berulang kembali. Memungkinkan episod baru sebuah filem kehancuran umat. Sedangkan kita hari ini berusaha untuk membina masa depan yang baik. Tetapi usaha tersebut punyai gangguan. Membuatkan binaan kita goyah.

Apapun watak yang dimainkan, pastikan kita mampu membina kesatuan ummah sejagat untuk hari esok dan bakal berdiri kukuh selagi mana mampu bertahan. InsyaAllah, usaha murni ini akan membuahkan hasil.

Andai anda yang menjadi arkitek, pastikan pelan adalah yang terbaik. Sekiranya andalah jurutera, pastikan binaan tersebut menepati piawai dan selamat. Yang pasti, kitalah pekerja yang akan menggerakkannya. Memastikan struktur tapak berdiri kukuh. Merelakan binaan kesatuan ummah berpaksi mentauhidkan Yang Esa. Maka pastinya visi kita bakal tercapai, dengan memandang jauh, jauh ke hadapan!


Friday, November 5, 2010

Dia Memang Laju


Kami bergegas ke tempat kejadian. Ramai orang berkerumun di situ. Suasana pagi di tepi tasik itu nyata tidak seperti hari-hari yang lain. Seperti sesutu kejadian yang tidak diingini berlaku. Seorang wanita menangis. Air mata membasahi pipi. Jernih air mata itu menggambarkan ranapnya hati seorang insan bergelar wanita. Sedang mata yang lain memandang sayu. Kami saling berpandangnan bertanyakan jawapan. Sinar mata bertanyakan seribu satu persoalan. Mengungkap makna yang tersirat.

Di seberang jalan sana berlaku kemalangan. Sebuah kereta terbabas. Teruk khabarnya. Mungkin ada nyawa yang terkorban. Atau jasad yang menanggung derita kesakitan . Bisik-bisik mereka di sekitar kawasan itu seolah-olah mengiyakan. Tapi tiada mangsa. Anggota polis sudah mengawal trafik. Kenderaan mula berderet memeuhi jalan. Nyata suasan pagi tidak seperti hari sebelumnya. Taman tempat orang berehat, bersenam seperti hari yang sebelumnya berubah wajah. Laluan kian sibuk. Ramai yang insaf melihat kejadian terbabit. Raut wajah penuh keinsafan terpancar. Namun, sinar taubat sirna lantas meninggalkan tempat kejadian. Kereta dipandu laju dan terus memecut.

Wanita yang menagis itu seolah-olah hilang pertimbanagn. Persoalan-demi persoalan bertanya dalam kotak pemikiran kami. Gaya pemikiran diubah menjadi lebih kreatif dan kritis. Ada kalanya kita perlu membantu. Pasti ada penyelesaian . Perlukah Moel Polya digunakan. Ya, itulah langkahnya. Model Polya.

Model Polya bermula dengan memahami masalah yang berlaku. Lantas, kami beranikan diri. Faiz Z, Arham, Faris dan aku. 

"Kenapa kak?" Tanya Arham.

"Anak akak hilang...", sedu sedan mengiringi jawapan.

Manakan tidak berkocak hati seorang ibu, mengenangkan anak yang hilang. Sembilan bulan sepuluh hari, peitnya seorang ibu menanggung anak. Dibawa ke mana sahaja, tetapi hari ini segalanya berubah. Anak yang ditatang hilang dari pandangan mata. Bergenang air mata Faiz Z mengenangkan apa yang menimpa wanita tersebut.

Tumpuan mata tertumpu ke arah lokasi kejadian kemalangan. Masing-masing cuba mengelurakan inferens. Meramal apa yang berlaku sekaligus merangka hipotesis. Mungkin ada yang boleh dipersujukan.

Perlanggaran kereta yang terbabas itu, memungkinkan anak wanita ini tercampak jauh. Mungkin kanak-kanak tersebut tercampak melepasi tingkap kereta dan hilang. Begitulah teori Faris. Faris memang arif perkara menjangkakan teori. Namun, jarang sekali yang tepat. Aku hampir bersetuju. Tapi mustahil anaknya akan tercampak jauh sehingga hilang dari pandangan mata. 

"Eh, Apih...mana tahu betul.." Arham bersetuju dengan pendapat Faris.

Aku diam. Faiz Z masih lagi melayan perasaan. Meletakkan dirinya dalam situasi wanita itu. Mana mungkin dapat dirasai sama seperti apa yang dirasakan. Faiz Z seorang lelaki. 

Baiklah. Mungkin ada benarnya. Seperti teori Repulsion atau sentakan. Seperti selaras senapang. Letupan akan memuntahkan peluru dengan laju menyebabkan momentum yang kuat. Senapang akan tersentak ke belakang. Dalam hal ini, perlanggaran kereta akan membuatkan sentakan dan menyebakan kanak-kanak tersebut tercampak.

Macam tak logik.

"Kak, anak kak berapa umurnya?", tanyaku mencari kepastian dan cuba mencari pembolehubah yang bersesuaian. 

"8 tahun", ringkas jawapnya.

"Fizikalnya bagaimana?" soalanku seolah-olah ibarat seorang penyiasat persendirian yang dibayar mengikut tugasan.

" Badannya agak besar, lelaki, pakai cermin mata, kulitnya cerah",beritahu wanita itu. Percakapannya menggambarkan bunga-bunga harapan yang mekar. Mengaharapkan kembalinya pertemuan. 

Dari fizikalnya pasti anak tersebut cukup disayangi oleh wanita itu. Berdasarkan teori Abraham Maslow, mengikut Hieraki keperluan Maslow, mungkin anak tersebut telah dipenuhi dengan keperluan fisiologi yang cukup, seterusnya meningkat kepada kepada keselamatan dan kasih sayang. Tapi hari ini, anak tersebut hilang. Jadi tak sempurna Hieraki tersebut.

Mana mungkin badan yang agak besar boleh tercampak jauh dari kereta. Kemusykilan membelenggu fikiranku.  

"Kak memang laju ke tadi?"soal Arham.

" Ha ah, nak cepat. Banyak yang perlu diselesaikan. Biasanya ayahnya ada tapi hari ini cuma kami berdua".

"Dia ni memang laju, saya  nampak tadi", tambah seorang lelaki yang berada hampir di situ.

Kami menggeleng-gelengkan kepala. 

"Mama, boboy kat sini", Tiba-tiba terdengar suara dari belakang.

Seorang budak gemuk berlari tercungap-cungap sambil memegang botol air. Wanita tersebut lantas memeluk kanak-kanak itu lalu menciumnya. 

Kami kehairanan. 

"Dia memang laju, sampai tertinggal anaknya masa joging. Nak kejar apa ntah", lelaki itu menambah lagi.

Cepat-cepat Faiz Z mengesat air mata yang bergenang. Berubah air wajahnya, rupa-rupanya anak tersebut tertinggal. Ibunya terlalu seronok berlari.Kereta yang terbabas itu, tiada kaitan.Tiada inferens!

Dia memang laju... 

 

Sunday, July 25, 2010

Mari Mengaji


Di surau inilah ilmu dicurahkan. Seorang imam muda menyemaikan baktinya. Meskipun lulusan ijazah sarjana muda dari timur tengah, beliau tidak begitu cerewet dan mementingkan kebendaan dalam mencurahkan ilmu. Imam muda ini sedar, dia bukanlah insan hebat, malah untuk menyertai program realiti imam Muda pun belum tentu dia layak. Biarlah beliau berkhidmat di kampung itu.

Slot pengajarannya melibatkan segenap umur penduduk di situ.Waktunya, petang dan malam. Baik budak, mak budak hatta bapak budak turut belajar di surau itu. Semua orang suka. Sebab itu di kampung itu tiada masalah gejala so-sial yang melampau. Kerana masyarakatnya cintakan agama dan ilmu.

Selepas selesai urusan di kedai teh kepunyaan keluarganya, warisan zaman berzaman, beliau memulakan pengajian untuk pelajarnya di surau itu. Petang itu, kelas bagi mak cik-makcik yang usianya makin senja.

Mak cik: Ustaz...mak cik ni dah lama nak blaja. Lepas merdeka dolu-dolu, tak dan nak blaja. boleh tak mak cik blaja?

Imam Muda: Boleh...boleh..InsyaAllah, mana yang saya mampu saya ajarkan. Mak cik ada bawa Iqra*.

Mak cik: ada-ada...

Imam Muda: buka muka surat satu, haa...ini huruf alif.....ini huruf ba'.....ini huruf ta'....

Begitulah seterusnya sehingga habis huruf-huruf hijaiyah* tersebut

Imam Muda: Ok mak cik... sekarang kita belajar tanda baris. Alif di atas Aa, Alif dibawah Iii, Alif di depan Uuu...Aa, Iii, Uu....ikut...

Mak cik :Alif di atas Aa, Alif dibawah Iii, Alif di depan Uuu...Aa, Iii, Uu..

Imam Muda: Ba' di atas Ba, Ba' di bawah Bi, Ba' di depan Bu...Ba, Bi, Bu..

Oleh kerana terlalu seronok belajar , Mak cik tersebut telah terlajak kata..Maka berbunyilah...

Mak cik:Ba' di atas Ba, Ba' di bawah Bi, Ba' di depan Bu... Ta' di atas Ta....Ba, Bi, Bu, Ta..

Imam Muda: Erk!(terdiam) 

Telajar perahu boleh diundur, terlajak sebut, lain maknanya....

Iqra- Kitab/buku yang digunakan sebagai permulaan dalam mengaji al-Quran..

Huruf Hijaiyah-huruf arab , senang kata huruf jawi.... 

  

Saturday, July 3, 2010

Air apa?


"Encik nak minum air apa?" Tanya pengambil order kepada aku, Abe Mat (bukan nama sebenar). Amey(juga bukan nama sebenar), Arhey(nyata bukan nama sebenar)


Amey: Tea o Ais(klu x silap)
Abe Mat: Air Epal
Arhey: (lpe plak)...
Aku: air ape best ea...Horlik Ais..

Pengambil order: Makan?
Amey: Mee Bandung Bandura
Abe Mat: x makan
Arhey: Nasi Patayya...sos naratiwat
Aku: Benjo? Benjol????

Sesudah menerima makanan dan minuman yang dipesan kami makan dengan lahapnya...Sementara itu . Arhey sekadar melihat gelagat kami.Aku tidak putus-putus makan benjo itu sambil mempelawa ajak-ajak ayam terhadap Abe Mat.
Sampailah masa kami membayar makanan yang telah dimakan .

Kakak Cashier: minum apa?
Aku: air yang menganndungi kalsium sebanyak 11 cawan susu, 48 piji bayam, dan 3 kg bayam..haha.........Air Holik?..
Kakak Cashier: ?????????????????...owhRM1.40
aBE Mat:Air epal?
Kakak Cashier: RM 1.50

Tuesday, May 18, 2010

Badminton Piala Pak Tam



Perlawanan akhir bermula. Perlawanan yang dijangka sengit diantara dua orang pemain hebat. Li Co Ngek merupakan pemain tak beranking. Manakala lawannya pula, Lin Din merupakan johan kebanyakan pertandingan berprestij antara kampung. Masing-masig dari kampung yang berbeza. Pertembungan hebat.

Masing-masing punyai kelebihan tersendiri. Dari segi skill dan penguasaan gelanggang, malah dari segi psiklogi, msing-masing tak pernah mengalah. Tapi mereka tak pernah bertembung sebelum ini. Co Ngek merupakan pemain pilihan kampung Belimbing Titanium manakala Lin Din, pemain terhebat dari kampung Durian Jeroman.

Lin Din, juara terbuka seluruh Kampung Baru Englen, pemenang pingat emas Sukan Antara Kampung, Juara Terbuka Pemandu Teksi, Juara tebuka Piala Pengurus Ladang Getah, Terbuka Piala Kedai Runcit Haji Mazlan dan banyak lagi. Li Co Ngek tiada apa-apa. Tak pernah menang. Cuma kali ini mara ke final Piala Pak Tam. Kejohanan empat tahun sekali yang sentiasa dinantikan.

Penyokong kedua-dua buah kampung menanti perlawanan antara pemain hebat ini dimulakan. Masing-masing membawa sepanduk, kain rentang, bendera. Tak lupa juga kacang buncis dan pop corn yang diisi alam plastik setengah kilo. Ada yang bersorak menjerit nama pemain pilihan mereka. Wakil kampung mereka. Mereka semua menanti kemenangan wakil mereka. Maruah. Pemain yang mewakili kampung meeka membaa maruah kampung. Manakan tidak, nilai Piala Pak Tam tak terhingga harganya. Nama seorang lagenda yang diabadikan pada sebuah piala. Lagenda badminon antara kampung-kampung. Pak Tam.

Permainan dimulakan. Masing-masing bersorak Penyokong kedua-dua belah pihak bersorak. Macam dirasuk hantu. Lin Din yang mula-mula mendapat servis. Masing-masing mendambakan kemenangan. Masing-masing tidak mahu digelar jaguh kampung.

Pusingan pertama

Smash berbalas antara mereka. Kedudukan yang cukup sengit. Lin Din tenang sahaja. Berbeza dengan Co Ngek. bermain dihadapan penyokong sendiri memang memberi semangat. Tetapi pengaruh penyokong juga adakala memberi tekanan. Lin Din mendahului Co Ngek 13-7. Penguasaan sepenuhnya oleh Lin Din. Lin Din ingat janji ketua kampungnya. Sekiranya dia menang, tanah di hujung kampung akan diberi kepadanya. Untung kalau dapat. Tanah tersebut akan dibangunkan menjadi kasino orang kampung. Tambahan pula sekarang musim Piala Dunia. Judi bola dihalalkan kerajaan. Argh..tapi itu untuk Kumpulan Berjaya. Tak kisah, yang penting tahulah dia merolling modal dan membuat apa di situ.

Berbeza dengan Co Ngek. Kalau dia menang, di cuma dapat piala Pak Tam. Kemudian dapat letih. Dia cuma nak harumkan nama kampung Belimbing Titanium. Nama kampungnya pernah busuk sebab ada kes orang berak dalam seluar masa mengundi JKK kampung. Dia tahu siapa yang buat onar tu.Tapi dia tak nak bagi tahu. Malu orang yang berak tu. Malu 7 keturunan. Tapi kali ni Co Ngek tertinggal. Lin Din mendahuluinya . Co Ngek tak tahu apa punca. Tak mungkin kerana sekadar psikologinya terganggu dek kerana Lin Din kacak sedikit berbandingnya. Akhirnya Co Ngek tewas dalam pusingan pertama.21-10.

Tiba-tiba perut Co Ngek memulas. Mungkin terlebih makan telur 3 suku pagi tadi. Tapi dia terpaksa main jga. Demi piala Pak Tam.

Pusingan kedua.

Dominasi Lin Din tetap berterusan. Co Ngek merungut sendirian. Perutnya memulas. Rasa... Panggilan alam!

Samil menekan-nekan perut Co Ngek tetap meneruskan permainan. Tak sengaja Co Ngek...tiada bunyi, cuma bau sahaja...

Semua orang menutup hidung. Co Ngek pon sama. Dia tidak mahu oran tahu yang dia yan membuat onar keji itu. Lin Din Hilang arah. manakana tidak, baunya... busuk!

Peluang ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Co Ngek. Smash bertalu talu. Aksi di jaring. Semuanya berpihak kepada Co Ngek. Di menang kali ini 21-7.

Pusingan penentuan

Lin Din hilang arah. Berbeza dengan Co Ngek. Buat muka seamba sahaja. Tapi bertambah yakin. Lega apat lepaskan angin. Lin Din tak tahan busuk.

Pusingan kali ini Co Ngek manfaatkan sekali lagi. Sekali lagi cai ruang dan peluang. Bukan untuk smsh atau apa. Peluang untuk kentut. Co Ngek mengumpul angin dalam perutnya. Sekali lagi. Lin Din hilang konsentrasi. Dia terpaksa akur dengan kemenangan Co Ngek. 21-2.

Para penyokong kedua-dua kampung terpesona dengan kehebatan Co Ngek. Meskipun ada kekecewaan timbul dalam perasaan penyokong Lin Din. Co Ngek tersenyum gembira. Sedang Lin Din hampir pengsan.

Diala juara. Mengatasi juara segala juara. Menang ke atas juara. Juara yang mengharumkan nama kampugnya. Meskipun dalam busuk. Li Co Ngek. Juara piala Pak Tam!


Monday, May 17, 2010

Drama Sebabak: Bukan Yang Kelima- Episod 1

Watak:
Pemandu
Penumpang 1
Penumpang 2
Pengawal yang berwibawa
Pengawal Ex SPM 2009
Rider Tatkala Hujan



3 orang pemuda sedang menaiki kereta. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai pemandu. Manakala yang lainnya menjadi penumpang. Kereta Proton sedan keluaran tahun 1993 itu masih relevan untuk meluncur di atas jalan raya. Megah, memandu laju di bumi Malaysia yang tercinta.



Kereta tersebut menghampiri pos pengawal. Kawasan kampus yang didiami aman damai. Berkat kegigihan pengawal keselamatan yang sentiasa menjaga perbatasan kampus tak kira waktu



Pemandu: kena bawak slow sikit.

Penumpang 1: Mu tengok tu..pok gad tu... die nok tehe kito.



Maka terjadilah aksi tahan menahan di pos pengawal itu.



Pengawal yang berwibawa :Kalian hendak ke mana berpakaian begini?

Penumpang 2: Kami hendak menuntut ilmu.

Pengawal yang berwibawa :Apa tidak cukup menuntut di sini?

Penumpang 2: Salahkah kami pergi menuntut ilmu. Nabi ada berpesan jangan jadi golongan kelima.Adakah kami menyakiti hati mu. Atau Gajimu dipotong?

Pengawal Ex SPM 2009: Main kasar ni bang.Siapa pulak yang pertama, kedua ketiga dan keempat.

Penumpang 1: Aku dok kaco gaji mu. Nak caro apo?

Penumpang 2: Maleh caro.

Pengawal Ex SPM 2009: Dok dalam sudahlah bang.. Wat penat je keluar..

Suasana berubah..Hujan turun dengan lebatnya.

Pemandu: Kami nak cepat. Hujan dah turun...

Pengawal yang berwibawa: Tak boleh.

Penumpang 1: Mana ada undang- undang yang kata tak boleh. Ikut Kitab apa ni. Macam Israel je. Tak bagi budak2 Palestine pergi belajar.

Bersambung....

Wednesday, May 5, 2010

Kencing Berdiri Vs Kencing Berlari



Kisah daripada Ibnu Hibban.


Pada Suatu hari Rasulullah dan para sahabat melalui satu kawasan perkuburan. Di situ Rasulullah menangis. Pada masa yang sama Baginda berdoa. Para sahabat turut mengaminkan doa Rasulullah.


Kemudian sahabat bertanya mengapa Baginda menangis. Lalu Rasulullah menyatakan bahawa Baginda sedih akan nasib seorang lelaki yang beribadat namun amalannya tidak diterima akibat kesilapannya, menjadikan amalan kencing berdiri sehingga terkena pakaiannya percikan air kencing tersebut.


Jadi..hindari amalan kurang baik ini.

Kepada guru-Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Siapa nak basuh?

Tuesday, May 4, 2010

Sabun Tahan Mengantuk



"Betul bang, saya tak tipu. Sabun ni betul-betul mujarab." Lelaki itu cuba mempercayakan aku. Aku memerhati lelaki tersebut. Bukan dengan mata hati, tetapi dari sudut pandang yang berbeza. "Taklah hendsome mana." Rungut hatiku.

"Pakainya begini, sapu seluruh muka, tengkuk dan lengan. Lepas tu bilas. InsyaAllah, boleh tahan mengantuk." Tambahnya.

Aku mengamati pembalut sabun itu. Sesekali aku melihat muka penjual sabun yang cuba meraih simpati. "Betul ni?" Aku sekali lagi bertanya.

Medulla Oblongata ku terus bertindak balas atas pertanya yang aku lemparkan. Lantas persoalan yang berlegar dalam saraf otakku cuba diterjemah. Pantas mengalir laluan saraf kemudian diterjemah dalam fonologi bahasa ibunda." Berapa ramai yang sudah tidak tidur setelah menggunakan sabun ini?" Soalan bodoh. Tetapi cukup lengkap pengisiannya. Bahasa yang tepat. Memartabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris, meskipun aku bukan guru bahasa. Memenuhi hasrat Menteri Pelajaran hari ini.

Lelaki tersebut tersenyum sinis. You are trying to dogging me. Sangkaku berbisik di dalam hati. Mengungkap persoalan senyum sinis lelaki tersebut. "Ramai". Ringkas sahaja jawapan lelaki tersebut. Disebalik kata-kata yang singkat dan penuh keyakinan tersebut terselit satu panahan membunuh. Lelaki ini sengaja menikam diri sendiri.

Aku tersengih. "Tak mahu beli la. Nanti tak boleh tidur." Meskipun aku tahu dan sudah mencubanya. Memang berkesan. Sabun Tahan Mengantuk bukan sampai tak boleh tidur, tapi lelaki tersebut tidak faham.

Sotong




Sotong kurang? Berita yang begitu membimbangkan dan menggusarkan hati persatuan nelayan di negeri yang paling beriman itu. Tak boleh jadi! Cukup menggemparkan seluruh rakyat di Malaysia sampai satu tahap terpaksa keluar dalam surat khabar Utusan. Siapa yang naik nama? Sotong jugak.


Tak boleh jadi...mana nak cari sotong ni..Biasanya sekarang bulan mencandat sotong tapi sotong pulak entah ke mana. Siapa naik nama? Sotong jugak.


Biasanya nelayan akan dapat lebih kurang 10 hingga 15 kilogram, tapi sekarang balik dengan tangan kosong. Kesian para nelayan.Siapa buat hal? Sotong jugak.


Siapa cakap sotong kurang.Padahal cukup membimbangkan perkembangan sotong sekarang. Bahaya! Tangkapannya bukan menguntungkan. Sotong yang kian menjadi dilema masyarakat hari. Sotong ni tak boleh dibuat sambal!


Sebab apa? Sotong yang banyak kali ini bukan sotong laut, tapi sotong darat. Sotong yang bertopengkan ketam.Nampak keras tapi...eeuuuww...

Saturday, May 1, 2010

Dia memang Ngok


Apa salah Ngok? Adakah salah ibu mengandung, atau..atau apa? Kesian Ngok.


Ngok bukan nama sebenar.Lurus, bendul, tiada selurus sejujurnya. Jika tidak ramai yang tidak percaya yang dia adalah Ngok. Nampak kasar bukan. persoalan yang timbul kali ini bukan kerana namanya Ngok, tapi perangainya yang membuatkan dia digelar Ngok.


Ngok oh Ngok!


Hari ini dalam sejarah. Malang tidak berbau.Betul, kerana malang tidak dapat dikesan oleh hidung. Ngok membawa motorsikal. Secara tidak langsung dia ditahan polis yang menanti di hadapan. Gawat! Ngok cemas segera melihat dirinya. Tiada apa yang salah. Adakah kerana dia tidak kacak?


Ngok tidak kacak? Bukan salah ibu mengandung!


Ngok segera ketepi jalan. Tidak mahu ditembak polis. Bimbang menjadi mangsa seterusnya atau dicap penjenayah. Ngok turun dari kenderaannya.


"Saya tak bersalah. Saya bukan penjenayah. Saya ada lesen. Saya...Ngok," katanya. Kakinya ketar.


"Bukan masalah penjenayah atau lesen. Motor ni tak menyala lampunya," kata abang polis yang baru sahaja menerima kenaikan gaji tersebut.


"Siang pon mesti pasang lampu ke?" bidas Ngok. Sesekali membuat muka tak puas hati.


" Mesti, nanti orang tak nampak." Tambah abang Polis


"Ye ke? Siang kan ada matahari mesti orang boleh nampak."Ngok tak puas hati.


"Tak percaya,"Pantas abang Polis memancung kenyataan tersebut.


"Buktikan?" Ngok membidas, seolah-olah mengulang skrip P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang.


Abang Polis menundukkan diri, menghampiri tayar. Mengeluarkan angin tayar motor Ngok.

Ngok menjadi musykil. Teori Abang Polis...


"Sekarang boleh tak angin masuk dalam tayar. Tidak kan? Bukanke angin banyak di sekeliling kita?"Sama macam lampu. Siangpun mesti pasang, untuk keselamatan bersama. Ayat pancung Abang Polis.


Ngok cuma mengangguk.Ngok sedar yang dia Ngok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...