Tuesday, July 15, 2014

Pesan Merpati Gaza


Saat biru langit itu,
Merpati putih sudah enggan lagi terbang,
Lari dari kebiasaan fitrah,
Kerana tiada lagi ruang untuk mereka, katanya...

Aku tanya mereka,
sedang langit itu terbentang luas,
bagaimana hilang sedepa ruang?

Bukan sedepa atau sehasta,
Seinci langit, sejengkal bumi dinafi,
Dari dijejak insan derita,
Hasil rakus sebangsa Yahudi.

Apa kau juga takkan terbang?

Terbang,
Terbang, bersama para syuhada.
Terbang me
ngiringi ke pintu syurga
Terbang menjadi saksi mereka,

Aku nampak kemenangan itu pasti
kerana itu janji Rabbi.
Janji Rabbi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...